Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Saham Akhirat (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu golongan yang memerlukan mahupun yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk:

 i) Pembelian barang dan peralatan keperluan

ii) Pembayaran Penceramah/ Fasilitator/ Sukarelawan

iii) Pembinaan/ Pembaikan fasiliti masjid

iv) Pembelian atau pembinaan bangunan

v) Sebarang penganjuran aktiviti berkaitan Infak Saham Akhirat

 

Cara Penyertaan:

Log masuk ke HROnline v4.0

➡ Pilih Menu

➡ Klik Pusat Islam UMS

➡ Pilih Infak

➡ Klik Infak Saham Akhirat

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 

📞 Puan Fazelah:016-8655694

📞 Encik Ghazali: 014-9126809

 

Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)

 

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

 

 

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

  1. Sebagaimana maklum, UMS telah menerima surat makluman MQA, MQA.600-2/3/1 (13) bertarikh 20 Ogos 2024 berkaitan program-program yang terlibat dalam penilaian Pematuhan Akreditasi MQA. Lawatan penilaian melibatkan 115 program akademik UMS ini akan dilaksanakan secara berfasa (Fasa 1-6) dalam tempoh 20 Ogos sehingga 09 Oktober 2025 mengikut ketetapan masa MQA.

 

  1. Sehubungan itu, bersama ini diedarkan poster jadual penilaian Pematuhan yang dimaksudkan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr.  selanjutnya.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr. berhubungan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

 

 

Sesi Taklimat Penyertaan

 

📢 Adakah anda terlibat dalam projek berimpak tinggi berkaitan kelestarian, pemindahan ilmu atau inovasi hijau?

Inilah peluang anda untuk menyumbang kepada agenda pembangunan mampan UMS dan mendapat pengiktirafan atas usaha tersebut!

 

📅 TARIKH: 6 OGOS 2025

🕘 MASA: 10:30 PAGI

📍 LOKASI: Secara dalam talian (platform Microsoft TEAM)

📌 *PENDAFTARAN TAKLIMAT: https://forms.office.com/r/tjdNTEk5ie 

 

🎯 OBJEKTIF TAKLIMAT:

✅ Pengenalan kepada Anugerah Impak Kelestarian UMS

✅ Penerangan kriteria penilaian selaras dengan SDG

✅ Proses pencalonan dan jadual pelaksanaan

✅ Sesi soal jawab

 

👥 SASARAN PESERTA:

✅Setiap Entiti JAFPIB di UMS

✅Warga UMS/kumpulan yang terlibat aktif dalam projek inovasi hijau, kelestarian, atau pemindahan ilmu

 

🔗 Maklumat Lanjut Mengenai Anugerah: https://shorturl.at/MSAmv

🔗 Borang Penyertaan: https://forms.office.com/r/6nbCu71nay

 

📧 Pertanyaan lanjut:

📨 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

🌱 Bersama membina kampus lestari – inklusif, inovatif dan mampan untuk generasi akan datang!

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan & Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

SUDAHKAH ANDA TUNAIKAN ZAKAT EMAS DAN PERAK?

 

SYARAT WAJIB

  1. ISLAM
  2. MERDEKA
  3. CUKUP HAUL
  4. CUKUP NISAB
  5. MILIK SEMPURNA
  6. SUMBER HALAL

 

Sumber Rujukan: https://appszakat.sabah.gov.my/index.php 

 

KUNJUNGI PERKHIDMATAN KAUNTER KAMI

📍 Kaunter Zakat Pusat Islam UMS | Tingkat 1, Pejabat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah

🕘 Isnin – Jumaat | 9:00 pagi – 3:00 petang

 

PERUNDING ZAKAT PUSAT ISLAM UMS

Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian Sila hubungi:-

📞Pn. Noorisah 013 285 5378

📞Pn. Kartini 019 804 2698

📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856