Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

🔈 WEBINAR PERCUMA | TERBUKA UNTUK SEMUA!
Sempena Hari Keselamatan Makanan 2025, anda dijemput menyertai satu sesi perkongsian menarik yang akan membuka mata kita tentang aspek keselamatan makanan yang sering diabaikan — iaitu tekstur makanan!
🍽️ Topik: “Tekstur Makanan Selamat – Elak Tercekik, Tingkatkan Keselamatan Makanan”
👨🏫 Penceramah: Dr. Aizul Azri Azizan, Pensyarah, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS
🤝 Kerjasama: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
📅 Tarikh: Rabu, 18 Jun 2025
⏰ Masa: 9.00 – 11.00 pagi
💻 Platform: Cisco Webex (atas talian)
💸 Penyertaan: PERCUMA! dan e-Sijil disediakan
Kenapa anda patut sertai?
✅ Ketahui bahaya tersembunyi dalam tekstur makanan
✅ Fahami cara mencegah risiko tercekik, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas
✅ Tingkatkan amalan keselamatan makanan di rumah & tempat kerja
✅ Sertai dari mana-mana sahaja!
📌 Jangan lepaskan peluang ini untuk menambah ilmu demi keselamatan keluarga anda!