Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Perlaksanaan Waktu Bekerja Fleksi Akademik (WBF) berkuatkuasa 17 Februari 2020
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Perlaksanaan Waktu Bekerja Fleksi Akademik (WBF) berkuatkuasa 17 Februari 2020
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Masalah Teknikal Sistem Telekomunikasi UMS
Untuk makluman terdapat masalah teknikal dipihak Telekom Malaysia Berhad, sehubungan itu panggilan masuk ke Kampus Induk melalui 088-320000 dan keluar daripada Kampus Induk tidak berfungsi pada masa ini. Pihak TM masih berusaha untuk mengatasi isu-isu teknikal tersebut.
Terima kasih.
Pengumuman Daripada : Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP)
Subjek: Hebahan Jualan Lelong Aset Alih di Jabatan Pembangunan dan Peneyelenggaraan (JPP)
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek: Promosi Blog Kopipanas.RTM.Gov.My, MyKlik dan Muat Turun Aplikasi RTM Mobile
Ruj. Kami : SUPS/H/01/233/100/5-81 (6)
Tarikh : 3 Februari 2020
MELALUI E-MEL
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
PROMOSI BLOG KOPIPANAS.RTM.GOV.MY, MYKLIK DAN MUAT TURUN APLIKASI RTM MOBILE
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk berhubung perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa portal RTM boleh dilayari menerusi https://myklik.rtm.gov.my/ dan blog http://kopipanas.rtm.gov.my<http://kopipanas.rtm.gov.my/> serta muat turun aplikasi RTM Mobile untuk menonton dan mendengar rancangan-rancangan menarik di saluran TV dan Radio RTM serta mendapatkan info terkini.
3. Bersama-sama ini disertakan risalah dan panduan untuk muat turun aplikasi tersebut.
Sekian, terima kasih.
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek: Pelawaan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/ 2021 (Kementerian/ Jabatan/ Agensi)
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman Tuan/ Puan, setiap tahun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mempromosikan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/ 2021.
3. Sehubungan itu, pihak JPA ingin memohon bantuan dan kerjasama pihak Tuan/ Puan untuk membantu menghebahkan Pelawaan Penajaan BYDPA Sesi Pengajian 2020/ 2021. Bersama-sama ini disertakan bahan promosi BYDPA 2020/ 2021 untuk perhatian pihak Tuan/ Puan selanjutnya. Kerjasama dan bantuan pihak Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768