RABU, 18 MEI - Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul lima pingat emas dan tiga perak dalam penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2016 baru-baru ini.
Pingat-pingat itu diperoleh daripada lapan penyelidikan yang dipertandingkan pada pameran tersebut yang diadakan di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Dua pingat emas disumbangkan melalui penyelidikan bertajuk Firmeco, Eco-Friendly Edible Cutlery dan Functional Seaweed Snack with Prebiotic hasil kajian kumpulan penyelidik yang diterajui Prof. Madya Dr. Chye Fook Yee.
Tiga pingat emas yang lain diperoleh oleh kumpulan penyelidik yang diterajui Prof. Dr. Rossita Shapawi, Dr. Raihana Musawwir dan Dr Ramraini Ali Hassan melalui penyelidikan masing-masing iaitu Garoupa-Like, UMS Wheel for Bishop Scoring, dan Ib-Plan Software and Manual.
Bagi pingat perak pula, dua daripadanya masing-masing diterjemahkan melalui kumpulan penyelidik yang diterajui Mohd Suffian Misaran @ Misran dengan penyelidikan bertajuk Mix-wind Turbine dan Prof. Madya Dr. D. Maryama Ag. Daud dengan tajuk kajian PSS Reps Counter.
Satu lagi pingat perak diperoleh melalui penyelidikan bertajuk Kappa-Tank hasil kajian bersama oleh Prof. Dr Rossita Shapawi dan Wahidatul Husna Zuldin.
ITEX 2016 merupakan pameran bertaraf antarabangsa anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS). -SS



RABU, 18 MEI - Persidangan Parlimen Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung hangat hari ini dengan hujah-hujah dan idea bernas daripada kalangan barisan kepimpinan pelajar.
SELASA, 17 MEI – Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) telah menganjurkan Fitness Rally sempena hari terbuka KKTM baru-baru ini.
SELASA, 17 MEI - Seramai tiga pelajar pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menyertai Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2016 peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM).
JUMAAT, 13 MEI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah merangkul anugerah International Students Achivement 2015 pada majlis International Appreciation Night 2016 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini.