RABU, 19 MAC - Pertandingan Futsal sempena Kejohanan Sukan Massa Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menyaksikan penyertaan sebanyak 37 pasukan daripada siswa siswi UMS.Menurut ahli jawatankuasa penganjur, Azman Soaibah, pertandingan itu diadakan bagi mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan UMS dalam pertandingan yang lebih besar seperti Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM).
“Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Selain sebagai medan pencarian bakat pemain, ia juga bermanfaat membina dan mengukuh perhubungan sosial sesama pelajar sekali gus menyumbang budaya hidup yang cergas dan sihat,” ujar Pegawai Belia dan Sukan di Pusat Sukan UMS itu lagi.
Pertandingan itu menyaksikan pasukan Puok Tuguk muncul juara bagi kategori lelaki apabila mengalah pasukan Ketam FC dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga pula disandang pasukan Kenyalang FC.
Bagi kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi oleh pasukan Bola-Bola Kampung, disusuli oleh Energetic Pugut di tempat kedua dan pasukan Energetic 2 di tempat ketiga. -SS
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
Sumber: Dr. Mohamad Nizam Nazarudin



TUESDAY, 18 MARCH - “I did not expect to receive this Honorary Degree of Doctor of Laws. It is a very great honour and I am truly grateful.”
SELASA, 18 MAC - Sebagai salah sebuah negara yang kaya dengan sumber marin dan akuakultur di rantau ini, adalah penting bagi Malaysia untuk mengekalkan sumber-sumber tersebut bagi memenuhi permintaan hasil laut yang semakin meningkat.
FRIDAY, 14 MARCH – Chairman of the Board of Directors (LPU) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tun Zaki Tun Azmi urged all UMS community to practice integrity at all times.
THURSDAY, 13 MARCH – The Debug group which comprised of staff from the Registrar Department had been selected to represent Universiti Malaysia Sabah (UMS) at the 10th Creative and Innovative Convention (KIK) Institutions of Higher Learning (IPTA) level which will be held on 8-10 April at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).