KHAMIS, 28 JULAI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah sentiasa menitikberatkan aspek semangat kerja berpasukan, disiplin dan keharmonian untuk memastikan UMS terus maju ke hadapan.
Katanya, beliau tidak mahu amalan berpuak-puak wujud dalam warga UMS kerana ia bukan sahaja satu tabiat yang tidak baik dan menghalang hubungan kerjasama erat tetapi ia juga membantut usaha universiti untuk meraih pelbagai kejayaan.
“Tidak dinafikan ilmu pengetahuan adalah asas terhadap kemajuan dan pencapaian sesebuah organisasi, tetapi saya percaya dengan sikap-sikap yang saya nyatakan tadi membolehkan halatuju UMS mampu direalisasikan,” katanya.
Datuk Harun berkata, universiti bukan hanya untuk melahirkan golongan bijak pandai, tetapi yang lebih utama turut melahirkan rakyat Malaysia yang hidup makmur dalam kepelbagaian bangsa dan agama.
“Dalam masa yang sama kita juga perlu mempunyai koloborasi dengan pihak industri tempatan, nasional dan antarabangsa,” tambahnya.
Beliau berkata demikian apabila diminta menyuarakan harapan berkaitan usaha membawa universiti terus kekal maju ke hadapan ketika sesi temuramah eksklusif bersama Utusan Borneo di pejabatnya baru-baru ini. - SS



RABU, 27 JULAI – Para penyelidik Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menyahkodkan genetik kedua-dua Nanas MD-2 dan jenis dari Babagon tempatan, yang terkenal seluruh dunia.
KHAMIS, 21 JULAI – Kursus e-Usahawan anjuran Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mempelajari ilmu keusahawanan digital dalam memasarkan produk hasil kerja tangan, sekali gus membantu menjana pendapatan yang lumayan.
KHAMIS, 21 JULAI – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
RABU, 20 JULAI – 584 bakal haji mengikuti Kursus Perdana Haji 1437H/2016M Peringkat Negeri Sabah Zon Pantai Barat anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.