KHAMIS, 21 JULAI – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
menganjurkan taklimat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Program Kebajikan
CUEPACS untuk Kakitangan Awam, dan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), di
Galeri, Bangunan Canselori, UMS baru-baru ini.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd.
Rashidi Baba; Pegawai Penerangan dari Jabatan Kebajikan Sabah, Mohd. Abas Pillai dan Perunding
Harta dari agensi hartanah swasta, Shaznieffah Zakaria.
Antara yang disampaikan ialah kriteria pinjaman untuk kakitangan kerajaan termasuk jenis pinjaman
dan perlindungan insurans bagi semua jenis hartanah, selain pemakluman semua permohonan kini
diadakan secara atas talian.
Lebih 100 kakitangan UMS telah menghadiri taklimat itu yang turut membuka ruang sesi soal jawab
di penghujung acara.
Hadir sama pada majlis itu adalah Penolong Pendaftar, Sharifah Rofidah Habib Hasan yang turut
menyampaikan cenderamata kepada semua penceramah jemputan. - FL



RABU, 20 JULAI – 584 bakal haji mengikuti Kursus Perdana Haji 1437H/2016M Peringkat Negeri Sabah Zon Pantai Barat anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
RABU, 20 JULAI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah menyambut baik kedatangan rombongan 55 orang China bersama ahli-ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sabah ke kampus UMS.
ISNIN, 18 JULAI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Pembangunan Penyelidikan dan Kesihatan (DHRU) mengadakan pertukaran dokumen perjanjian bersama EcoHealth Alliance bagi penajaan pelajar pascasiswazah UMS di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif hari ini.
KHAMIS, 14 JULAI - Seramai 16 murid tadika Pusat Minda Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeriahkan Bengkel Pendidikan Muzik Awal Kanak-kanak hari ini.