SELASA, 18 OKTOBER – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) menganjurkan Program Ziarah Fillah di Surau Al Hidayah Kampung Giling Laut Tuaran baru-baru ini.
Menurut Pengarah PIUMS, Dr. Mohd. Suhaimi Taat, program itu antara lain bertujuan menyampaikan ilmu dan amalan agama kepada masyarakat sekali gus memperbaiki pelaksanaan ibadah solat yang menepati hukum dan sunnah.
“Selain diisi dengan Kursus Tahsin Solat dan Pengurusan Jenazah, program tersebut dapat mengeratkan lagi jalinan silaturhim antara pihak UMS dengan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.
Dr. Suhaimi turut menyuarakan harapan agar lebih ramai yang akan datang solat berjemaah di surau berkenaan dan sentiasa mengimarahkan majlis-majlis ilmu pada masa akan datang.
“Pusat Islam UMS sentiasa bersedia berkongsi ilmu kepada masyarakat di kampung ini pada bila-bila masa sesuai yang diperlukan,” tambahnya.
Hadir sama, Pengerusi Surau Al Hidayah, Muslin Jaim.
Berlangsung selama sehari, hampir 90 penduduk Kampung Giling Laut bersama staf UMS telah mengambil bahagian dalam program tersebut.
Sumber: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah



SELASA, 18 OKTOBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mencapai peningkatan yang membanggakan apabila berjaya memperolehi empat bintang dalam penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA®) 2015.
ISNIN, 17 OKTOBER - Seramai 35 orang pelajar Kolej Vokasional Beaufort telah mengadakan lawatan dan bengkel tari di Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
ISNIN, 17 OKTOBER - Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) telah mengambil inisiatif membuka Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat bagi memudahkan kakitangan membeli dan mendapatkan makanan seperti sarapan pagi dan makan tengah hari tanpa perlu keluar jauh dari kampus.
JUMAAT, 14 OKTOBER - Proses Penamaan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjalan lancar hari ini.