KHAMIS, 6 OKTOBER - Seramai 85 pelajar baharu Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikuti Program Orientasi SISPA Semester 1 Sesi 2016/17 baru-baru ini di ODEC UMS.
Menurut Timbalan Komandan Kor SISPA UMS, Leftenan Kol. (PA) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, menerusi program tersebut, para pelajar baharu diberi pendedahan dan pengenalan mengenai organisasi SISPA dan Pertahanan Awam di UMS.
Tambahnya lagi, program orientasi ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar baharu dengan pelajar lama dan jurulatih, selain memupuk semangat kerjasama dan setia kawan serta taat setia kepada pasukan dalam unit beruniform.
“Semasa program ini berlangsung, para pelajar telah diberikan banyak tugasan dan aktiviti mencabar kreativiti dan daya penyelesaian masalah yang memerlukan kerjasama dalam berkumpulan,” katanya.
Program tersebut merupakan program yang wajib disertai oleh semua pelajar baharu Kor SISPA UMS, yang turut memberi pendedahan kepada etika, protokol dan cara-cara mengurus sesuatu majlis.
Sumber: Siti Sham Ismanizah Bt Sh Mohd Rahil, SISPA UMS



RABU, 5 OKTOBER – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) telah mengadakan kunjungan hormat ke PUSPANITA Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sabah hari ini.
RABU, 5 OKTOBER – Kontinjen Polis Bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul naib johan pertandingan kawad istiadat perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi bersempena Hari Jadi Rasmi Ke-63 Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabtu lalu.
SELASA, 4 OKTOBER - Taklimat Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (MPKFM) yang diadakan buat julung kalinya baru-baru ini berjaya menarik penyertaan 80 Pegawai Rekod dan Kakitangan Sokongan Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS).
JUMAAT, 30 SEPTEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa bersedia meneruskan komitmen dan kerjasama bersama agensi penguatkuasa khususnya dalam agenda pembangunan lestari sumber marin.