KHAMIS, 29 SEPTEMBER - Ahli Jawatankuasa Pelaksana Minggu Seerat Salam telah mengadakan Malam Seribu Bintang bersama para pelajar baharu Kolej Kediaman E, Universiti malaysia Sabah (UMS) 2016, baru-baru ini.
Bertemakn Malam Apresiasi P. Ramlee, majlis kemuncak program Minggu Seerat Salam itu dilihat menjadi platform yang baik dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Kolej Kediaman E bersama pihak induk kolej.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kolej Kediaman E, pendedahan yang diberikan sepanjang program tersebut telah memberi manfaat kepada seluruh warga kolej.
Perasmian Malam Seribu Bintang itu disempurnakan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Azmi Jumat.
Majlis turut diserikan dengan persembahan lakonan filem-filem karya Tan Sri P. Ramlee daripada setiap blok kediaman.
Para hadirin juga disajikan persembahan kemuncak daripada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Minggu Seerat Salam yang hadir dengan memakai pakaian mengikut tema "Back to 60's".



RABU, 28 SEPTEMBER – Seramai 295 pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Sijil Asasi Sains dalam satu majlis yang diadakan Dewan Kuliah Pusat 1, baru-baru ini.
RABU, 28 SEPTEMBER - Sabah kini muncul sebagai tempat latihan peringkat antarabangsa yang penting khususnya dalam bidang pengurusan ekosistem dan biodiversiti bersepadu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Tan Sri Sukarti Wakiman.
SELASA, 27 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus unggul dalam aspek tadbir urus pengurusan rekod universiti apabila menerima pengiktirafan melalui penarafan lima bintang dan sekali gus dinobatkan sebagai Universiti Awam (UA) Terbaik dalam Pengurusan Rekod bagi tahun 2016.
SELASA, 27 SEPTEMBER - Seramai 30 orang menghadiri seminar CTI Regional Exchange (REX) on Climate Change Adaptation yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), semalam.