ISNIN, 26 SEPTEMBER – Seramai 500 pelajar prasekolah dari 33 Tadika Islam seluruh Sabah baru-baru ini menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dianjurkan bersama oleh Pusat Islam UMS, Persatuan Tadika Islam Sabah (PERTIS) dan Lembaga Urusan Tabung Haji Sabah, kehadiran para pelajar amat memberangsangkan seawal jam 7.00 pagi lagi.
Keceriaan para pelajar yang memakai pakaian ihram tergambar jelas ketika memulakan simulasi dengan tawaf mengelilingi model Kaabah sambil diiringi guru-guru tadika masing-masing.
Menurut Pengarah Pusat Islam UMS, Dr. Muhammad Suhaimi Taat, penganjuran Simulasi Haji Cilik dapat mengajar dan memberi pendedahan awal kepada pelajar prasekolah secara teori dan praktikal tentang suasana mengerjakan ibadah haji di Mekah.
“Alhamdullilah, pepatah Melayu ada menyebutkan, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan nilai agama melalui simulasi haji ini sangat baik dan bertepatan dengan falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya pada majlis perasmian mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.
Salah seorang peserta, Nur Adriana Arischa dari Tadika Pusat Minda Lestari UMS menyatakan rasa seronok sepanjang aktiviti tersebut khususnya mempelajari tentang ibadah tawaf mengelilingi Kaabah dan ibadah Saie.
“Saya berharap agar dapat mengikuti program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui wakil media UMS..
Majlis turut dihadiri Pengerusi PERTIS, Fariza Jimy dan Timbalan Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Tuan Haji Norsaiful Adlan Mohd Dimyati.
Foto: Bahagian Perhubungan Korporat



ISNIN, 26 SEPTEMBER – Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16) mampu menjadi platform dalam memupuk kerjasama tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan profesion pendidikan dan psikologi khususnya di kepulauan Borneo.
JUMAAT, 23 SEPTEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seksyen Perhubungan Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, yang berlangsung di Bangunan Canselori, UMS.
JUMAAT, 23 SEPTEMBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan bengkel “4th Ultrasound in Obstetric and Gynecology” selama tiga hari di Auditorium Utama fakulti berkenaan.
KHAMIS, 22 SEPTEMBER - Seramai 100 peserta dari seluruh negara menyertai Kursus Malaysia Private Entities Reporting Standard (MPERS) yang dianjurkan Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari ini.