RABU, 17 JUN – Umat Islam dinasihatkan agar meninggalkan sebarang perbuatan yang boleh mengurangkan pahala, lebih-lebih lagi ketika dalam bulan suci Ramadan. Dalam satu temu bual bersama Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS), Ustaz Razali Saibin berkata adalah rugi bagi seseorang muslim yang berpuasa tetapi tidak meninggalkan perbuatan sia-sia dan tidak berfaedah.
“Pada bulan puasa ini Allah S.W.T menyuruh kita tahan diri...bukan setakat tahan makan dan minum tetapi juga menahan lidah kita daripada berkata sesuatu yang boleh mengguris perasaan orang lain,” ujarnya.
Temu bual tersebut diadakan bagi memberi penjelasan kepada video lakonan yang diterbitkan Bahagian Media dan Citra UMS mengenai kemusykilan tentang hukum berpuasa.
“Marilah kita jadikan puasa kita ini untuk mendidik diri masing-masing menjadi orang yang bertakwa dan meningkatkan tahap kualiti ibadah kita,” tambah beliau.
Saksikan filem pendek bertajuk ‘Puasa Ni Ari’ sempena kedatangan bulan Ramadan di .–ZMD
Bahagian Media dan Citra




TUESDAY, 16 JUNE – With the current rapid development of innovation technology and green technology, aquaculture industry should pay attention to sustainable aquaculture activities by combining traditional practices and modern development.
TUESDAY, 16 JUNE – The Housewives and Women’s Club (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) recently held their 18th Annual General Meeting (AGM) at the Gallery, Chancellery Building.
TUESDAY, 16 JUNE – Residents staying near Mount Kinabalu are urged to make a report if they saw nearby rivers blocked by large stones and wood chips.