SELASA, 11 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah menghalang kakitangan atau para pelajar untuk menganjurkan sebarang aktiviti perayaan di dalam kampus.“Berhubung dengan laporan akhbar yang memberitahu bahawa UMS menghalang perayaan Krismas disambut di dalam kampus, pihak universiti dengan rendah diri menafikannya dan menyifatkan ia sebagai satu kesalahfahaman.
“Dari segi kronologinya, cadangan sambutan perayaan Krismas ini telah awal mendapat kelulusan yang menyaksikan pihak UMS sendiri turut menyediakan bajet untuk pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Ujar beliau, pihak UMS turut menyokong hasrat pelajar yang inginkan penganjurannya dibuat secara meriah melibatkan komuniti setempat seiring dengan usaha ke arah merakyatkan universiti.
Datuk Dr. Harun berkata, pihak UMS memberi pilihan sama ada sambutan tersebut diadakan di luar kampus bagi memudahkan kehadiran ramai pengunjung tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan ruang tempat letak kereta yang terhad.
“Sesungguhnya, setiap aktiviti yang ingin dianjurkan akan mendapat kelulusan selagi tertakluk kepada peraturan-peraturan universiti,” jelasnya dalam kenyataan itu lagi.
Sebarang keraguan isu dan persoalan tentang UMS boleh diajukan kepada pihak pengurusan universiti melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian 088-320000 sambungan 1017/1650/1021. -SS
Bahagian Media dan Citra



SELASA, 11 NOVEMBER – Satu majlis penyerahan watikah pelantikan panel kontraktor kerja-kerja penyelenggaraan kecil di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) diadakan di Café D’Sireh, Bangunan Canselori, kelmarin.
SELASA, 11 NOVEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd.Harun Abdullah akan bersiaran secara langsung di RTM 1, TV AlHijrah dan Astro Awani pada 12 dan 13 November ini.
MONDAY, 10th NOVEMBER – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) contribute RM 7,500 to