Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd. dan PERKESO Negeri Sabah menjayakan Siri Jelajah Temuduga Negeri Sabah bagi Program Latihan Kemahiran Industri: Peluang Pekerjaan bersama Projek ECRL baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd., Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, program itu antara lain bertujuan memberi pengenalan, berkongsi kemajuan semasa projek dan peluang pekerjaan yang sedang dan akan ditawarkan di dalam projek ECRL.

“Selain itu, sesi temuduga terbuka kepada orang awam dan pencari kerja di negeri Sabah turut diadakan.

“Pada masa yang sama, program ini juga adalah bagi memberi pendedahan tentang hala tuju kerjaya dalam industri berkaitan khususnya kepada pelajar universiti sekali gus menyumbang ke arah peningkatan kadar pekerjaan dalam bakal graduan” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena program tersebut yang berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam UMS.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah PKPKP, Dr. Nur Thara Atikah Zainal memaklumkan seramai 400 peserta dan calon temuduga telah menghadiri program tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, serta berharap para peserta mendapat manfaat dari segi peningkatan ilmu mengenai industri dan pengetahuan mengenai peluang pekerjaan jangka masa panjang yang ditawarkan oleh pihak MRL

Antara peserta yang hadir pada program tersebut adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir UMS, pelajar Universiti Teknologi MARA, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Politeknik, GiatMARA, North Borneo University College dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan perbincangan bersama bagi mewujudkan kolaborasi antara kedua-dua pihak ke arah usaha meningkatkan ekonomi negeri Sabah.

Delegasi UMS yang diketuai Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Prof. Madya Dr. Jidon A. Janaun berkata, kedua-dua pihak membincangkan peluang kolaborasi yang boleh diwujudkan dalam menguatkan perancangan ekonomi Negeri Sabah.

“Antara yang dibincangkan adalah kerjasama dalam menganalisis data-data ekonomi untuk membuat unjuran ekonomi negeri Sabah khususnya.

“Pihak UPEN juga menyambut baik usaha UMS untuk menghasilkan produk-produk inovasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat UPEN Sabah baru-baru ini.

Kunjungan delegasi UMS itu disambut oleh UPEN Sabah, Datuk Jasmine Teo bersama pegawai-pegawai UPEN.

Jidon turut merakamkan penghargaan kepada UPEN atas keterbukaan untuk mengadakan kerjasama dengan UMS.

“Sudah tentu kolaborasi UMS dan UPEN ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, serta mampu memberi impak positif kepada ekonomi Negeri Sabah,” ujar beliau.

Delegasi UMS yang turut serta dalam kunjungan tersebut wakil-wakil kakitangan pengurusan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Pusat Pelaburan, Endowmen, dan Wakaf (CIEW), dan PPIP.

 

An online international community service webinar titled ‘The Importance of Digital Portfolio’ was delivered by lecturer and coordinator of D4 Digital Office Administration Study Program, Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Dr. Christian Wiradendi Wolor, S.E., M.M., recently.

The international community service was joined by Datu Razali Datuk Datu Hj. Eranza, and Andy Lee Chen Hiung from Universiti Malaysia Sabah (UMS), to coordinate participants from UMS. Datu Razali and Andy Lee are lecturers at the Faculty of Business, Economics, and Accountancy (FBEA), UMS, as well as the coordinators for the international mobility program.

Dr. Christian shared his experience and knowledge about the meaning of a portfolio, functions, and benefits of the portfolio itself.

“Many things and abilities could be developed and shared in social media in a very advanced era where competition was ever increasing.

“There are various social media platforms that could store and share the results of achievements, experiences, interests, and expertise to multiple parties such as clients, potential employers, and collaborators.

“Furthermore, portfolio upgrade was a very important thing to do; I hope those who listened to the presentation of the material could pay more attention to themselves and evaluate their abilities, achievements, etc., that could be shared in the portfolio or CV,” he said.

Regarding Portfolio making itself, Dr. Christian showed the participants how to create a Portfolio and CV by utilizing applications that Canva and Google had provided.

In addition, he conveyed an understanding of social media that enabled users to see everything they wanted at universities or outside the nation.

“Users could see and find information about large companies through Google, and all were accessible through social media.

“Social media was the right bridge so that recruiters and job applicants could easily find information without meeting in person,” he added.

The presenter mentioned many applications he could use to share documentation and stories of his achievements on platforms such as LinkedIn, Facebook, Instagram, YouTube, and blogs.

He said the LinkedIn application influenced finding a job or looking for employees. Therefore, he strongly recommended sharing your background, education, employment, abilities, and desired positions on LinkedIn so that later recruiters could read in detail and understand what type of job position you want.

In this webinar, Dr. Christian advised the participants not to be left behind by the increasingly advanced times and equate solutions such as: Increasing the spirit of competition within oneself, Improve Soft Skills oneself, always taking up existing opportunities, always looking up for scholarship opportunities and internships at various organizations.

The session ended with his advice to the participants to expand their networks because it would help in facilitating every move in one’s career.

FBEA UMS expressed gratitude to Dr. Christian and UNJ Indonesia, for including staff and students from UMS to co-organize and participate in international community service. Both UNJ and UMS look forward to more collaborations soon.

 

Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan pogram UMS Bank Rakyat UNIpreneur 3.0: Kick-Off Event di Pusat Islam UMS, di sini, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, program itu bertujuan memberi suntikan dana sebanyak RM3,000 seorang kepada usahawan siswa asnaf UMS untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Selain itu, program ini memberi latihan dan bimbingan keusahawanan kepada usahawan siswa asnaf untuk menguruskan perniagaan mereka selama enam bulan.

“Seramai 20 usahawan siswa asnaf telah terpilih yang terdiri daripada pelajar Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Perhutanan dan Tropika, Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut.

Menurut Dr. Raman seramai 10 mentor telah dilantik daripada kalangan pensyarah dan kakitangan UMS untuk membimbing dan memantau peserta program ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan pada Bank Rakyat atas sumbangan dan sokongan kepada UMS, terutamanya suntikan dana sebanyak RM66,000 untuk membantu usahawan pelajar asnaf mengembangkan perniagaan dan mengikuti latihan serta bimbingan.

“Diharapkan 20 usahawan pelajar ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk menceburi bidang ini sebagai pilihan kerjaya dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat,” ujarnya.

Untuk rekod, Bank Rakyat UNIpreneur merupakan inisiatif kewangan sosial Bank Rakyat yang mensasarkan pembangunan ekosistem usahawan mahasiswa asnaf berpotensi di Malaysia. Bank Rakyat UNIpreneur 3.0 yang berlangsung selama enam bulan pada tahun ini akan memberi manfaat kepada 500 peserta daripada 20 institut pengajian tinggi yang terpilih.

Hadir sama, Pengarah Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah, Dr. Arif@Kamisan Pusiran, Timbalan Pengarah (Keusahawanan) PKPKP UMS, Dr. Nur Thara Atikah Zainal, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Kinabalu, Suhaimi Jainulah, dan Pengurus Kelestarian Bank Rakyat, Azahary Kamarulzaman

 

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Haji Mansor berkata, graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek merupakan aset yang diperlukan untuk memacu kemajuan pembangunan negara selain keupayaan untuk bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, bagi mengukur kejayaan seseorang graduan mereka hendaklah bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi turut cemerlang dalam kemahiran insaniah.

"Graduan juga perlu menghayati enam tonggak dasar Malaysia MADANI yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Anwar Ibrahim iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

"Agenda MADANI ini bukan sahaja menumpukan aspek penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara tetapi agenda ini turut menyentuh corak masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kokurikulum UMS Semester 2 Sesi 2022/2023 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), di sini pada Sabtu.

Menurut Dr. Kasim, penganjuran karnival itu merupakan inisiatif yang baik untuk membuka mata pelajar dalam bidang reka cipta dan inovasi serta memberi peluang kepada mereka supaya berfikir secara kreatif sejajar dengan misi UMS sebagai peneraju masyarakat berinovatif dengan slogan “Leading Towards Innovative Societies”.

"Saya yakin bahawa kursus-kursus yang ditawarkan di PKPP ini memfokuskan potensi pelajar dalam mengasah bakat dan kemahiran insaniah melalui silibus kursus yang sesuai dan program-program yang dianjurkan.

"Di samping itu, pelajar diberikan pendedahan tentang inovasi dengan bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah melalui Karnival Inovasi," katanya.

Sementara itu, Pengarah PKPPUMS, Prof. Madya Dr. Jurry Foo berkata, pusat itu sentiasa memastikan matlamat UMS sebagai peneraju masyarakat berinovatif menjadi realiti dengan menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti.

"Selain itu, kita juga melantik jurulatih yang kompeten mengendalikan kursus kemahiran bidang dan aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Beliau berkata karnival itu yang melibatkan 23 kursus kokurikulum diisi dengan pelbagai acara antara lain termasuk pameran aktiviti sepanjang semester, aktiviti interaksi, permainan, pertandingan bakat, peragaan pakaian sekolah, pameran poster hasil inovasi pelajar dan derma darah.

"Karnival kali ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan jemputan khas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bagi kempen derma darah anjuran Kursus Paramedik II dengan kerjasama KKM, seramai 128 pelajar telah mendaftar untuk menderma dengan sebanyak 49 pain darah berjaya dikumpul iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan," tambah Dr Jurry.

Hadir sama pada karnival tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin serta pegawai-pegawai utama dan kanan UMS.