RMIT University has chosen Universiti Malaysia Sabah (UMS) for its Study Tour to Borneo 2023 mobility programme this year that ended recently.

This study visit was sponsored by the Australian government under The New Colombo Plan, attracted 50 RMIT students from several disciplines.

The New Colombo Plan is a hallmark programme of the Australian Government that intends to increase knowledge of the Indo-Pacific region in Australia by assisting Australian students to study and intern throughout the region.

According to Centre for Internationalisation and Global Engagement of UMS, the mobility programme comprised a symposium, woodcutting workshop, cultural cookery courses, and an exhibition of student goods started off on May 29 to June 14.

“The itinerary includes a visit to KDCA for the Kaamatan festival as well as a stay at a local guesthouse in Kiulu. The highlight of the journey was a special mobility (academic exchange) programme at the Faculty of Social Sciences and Humanities, UMS.

"The Australian students collaborated with first year students from the Sociology and Social Anthropology department who are doing a Religion and Society course,” it said.

The statement further said, the study tour director from RMIT, Associate Professor Dr. Olivia Guntarik, and UMS faculty coordinator Dr. Trixie Tangit have designed the special mobility programme so that both RMIT and UMS students can find ways to incorporate their ideas by taking at least one aspect or element from each other's project.

“These students spend time talking with one another and travelling to places of interest throughout Sabah to expand their knowledge and understanding. Their collaborative endeavours culminated in an exhibition of free form design and posters.

"The exhibition was a major success based on the originality, effort, and learning points that both RMIT and UMS students were able to create in such a short period of time," it added.

UMS students, particularly those nearing the conclusion of their first year, developed by leaps and bounds as they forced themselves to critically think through the principles of their projects.

Meanwhile, RMIT students benefited from the programme as well, as they learned to understand local culture other than their own and used their newfound knowledge on their show.

“RMIT students incorporated local music, artwork, language as well as natural elements such as leaves and flowers to bring their projects to life,” it said.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan pencapaian para pelajar universiti itu melalui pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) kali ke-24.

MAHEPA ke-24 menyaksikan 20 anugerah dipertandingkan yang terbahagi 13 anugerah individu dan tujuh anugerah berkumpulan meliputi aspek kepimpinan, kemasyarakatan, sosial, riadah, keusahawanan, inovasi dan kreativiti, kesukarelawan, seni budaya serta pengucapan awam.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, penganjuran majlis anugerah untuk para pelajar adalah penting bagi menanam pemikiran bahawa setiap pencapaian yang baik oleh warga universiti wajar diraikan.

“Kehidupan di universiti adalah satu fasa kritikal. Ia tempoh yang mesti dimanfaatkan dengan sebaiknya. Bukan sahaja dalam konteks akademik, tetapi dari semua dimensi lain yang menyentuh kedewasaan dan kematangan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan ruang dan peluang agar generasi muda menjadi matang dan dewasa seiring dengan pembinaan kapasiti intelektual dan kembara ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan MAHEPA ke-24 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, baru-baru ini.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha untuk memperkasa mahasiswa dalam perlbagai cara, antaranya melalui proses meminda AUKU, membangun ekosistem pro mahasiswa serta program Semarak Siswa Madani.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata pandangan mahasiswa amat penting dan perlu dimajukan melalui pelbagai saluran terutama wacana ilmiah.

“Pemimpin mahasiswa yang peka dengan perkembangan semasa di dalam dan luar negara perlu mengambil inisiatif untuk menjana idea dan menasihati pihak berwajib tentang isu kemasyarakatan dan pembangunan serta hala tuju negara.

“Ini memperlihatkan kematangan pemimpin mahasiswa dalam berdepan cabaran semasa. MAHEPA sekali lagi adalah platform yang tepat bagi mengiktiraf sumbangan mahasiswa yang aktif dalam pelbagai bidang yang menyumbang kepada kemakmuran negara,” katanya.

Pada majlis tersebut, pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Mohamad Eizlan Dahalan dan Pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Nur Aishah Rofina Aling masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati UMS.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Mohd. Raffie Janau.

 

Ceramah profesional “MIA and the Accountancy Profession In Malaysia” anjuran Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan inisiatif fakulti itu dalam usaha menyediakan bakal graduan bidang perakaunan yang mahir dan bertauliah.

Menurut kenyataan dari Pusat Perakaunan UMS, ceramah tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar perakaunan tahun pertama berkaitan profesion perakaunan dan kerjaya dalam bidang perakaunan di Malaysia.

“Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Institut Akauntan Malaysia (MIA) Wilayah Sabah, Susan Maiks juga turut memberi pengetahuan tentang bagaimana menjadi seoranga akauntan yang bertauliah.

“Ceramah ini melibatkan penyertaan sejumlah 54 orang pelajar tahun pertama program Perakaunan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Siri ceramah profesional seumpama juga dilaksanakan setiap semester kepada pelajar perakaunan UMS bagi memastikan para pelajar sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan badan profesional tersebut selaras dengan pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian oleh MIA.

Turut hadir pada sesi ceramah tersebut Pengarah Pusat Perakaunan UMS, Jainurin Justine @ Abdul Aziz.

 

Semangat kesukarelawan dalam kalangan siswa perlu terus dipupuk sebagai asas kepada pembentukan warganegara yang prihatin, bertanggungjawab, dan saling bantu membantu tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit.

Justeru, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Non Residen (JAKMAS NR) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2022/2023 telah mengadakan program khidmat masyarakat di Pusat Rumah Anak Yatim, Baitul Hidayah Kudat baru-baru ini sebagai usaha berterusan dalam menyemai dan memperkukuh semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar universiti.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF).

Menurut Pengarah PNRF, Hasmi Hashim, program murni tersebut adalah menyokong kepada amanat dan fokus ke-11 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu pemerkasaan pelajar melalui program-program pembangunan sahsiah seumpama itu.

“Ini juga menyahut seruan salah satu program utama di bawah KPT iaitu Semarak Siswa Madani atau juga dikenali sebagai S4S (Student for Society).

“Program ini juga bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam berinteraksi dengan masyarakat.

“Di samping itu, program ini juga dapat menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan melalui pelbagai medium dalam kehidupan dan memberi pengalaman berkualiti kepada pelajar,” katanya.

“Bertemakan 'Berganding, Bersatu Menuju Ukhuwah’, program yang membabitkan kumpulan pelajar non residen itu diketuai Pengarah Program, Deanna Masoh.

Kehadiran pelajar NR di Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah disambut ceria oleh pengurusan dan penghuni rumah anak yatim serta dibantu oleh para warden yang sentiasa ada di sepanjang program berlangsung.

Pengurus Rumah Anak Yatim, Baitul Hidayah, Awang Lahaji Hj. Rokimin turut merakamkan penghargaan kepada UMS khususnya PNRF atas usaha melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di rumah tersebut.

Menurut beliau, kehadiran kumpulan pelajar dari UMS amat bermakna kerana itu merupakan kali pertama rumah anak yatim tersebut dikunjungi oleh pihak luar, selain turut mengharapkan program sedemikian dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin turut menyokong program sahsiah seumpama itu dilaksanakan secara giat dan berterusan.

Hadir sama dalam program tersebut Yang Dipertua JAKMAS NR, Mohd Nazarruddin Zulkipli bersama-sama kakitangan PNRF UMS.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat untuk menjadikan kampusnya sebagai kampus tanpa tunai (Cashless Campus).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor berkata, UMS telah melaksanakan persekitaran bayaran tanpa tunai semenjak tahun 2019 sebagai menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi bagi transformasi ekosistem transaksi kewangan di institusi pengajian tinggi (IPT) ke arah kampus tanpa tunai.

“Pelaksanaan program tanpa tunai ini adalah seiring dengan perkembangan gaya hidup digital serta memberi manfaat dengan melakukan transaksi yang ringkas dan cepat untuk segala urus niaga dalam kampus.

“Selain itu, usaha ini juga mampu mengubah tingkah laku berbelanja pelajar dan kakitangan yang lebih selamat dan membudayakan penyimpanan rekod urus niaga secara lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Campus anjuran UMS dan Payment Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) di Bangunan Canselori UMS.

Katanya lagi, berdasarkan semakan, peratusan terimaan bagi UMS secara tanpa tunai telah mencapai hampir 100 peratus.

“Namun begitu, persekitaran terimaan tanpa tunai dalam kalangan peniaga dalam premis universiti masih perlu ditingkatkan.

“Justeru itu, sokongan dan tajaan yang diberikan oleh pihak PayNet dalam program kampus tanpa tunai UMS sepanjang tahun 2022 amat dihargai, kerana penganjuran kempen-kempen yang telah dilaksanakan telah meningkatkan kefahaman dan mempromosikan bayaran secara tanpa tunai dalam kalangan warga universiti.

“Selain itu, usaha ini juga mampu mendidik warga universiti bahawa transaksi tanpa tunai adalah kaedah bayaran yang sepatutnya menjadi pilihan kerana lebih mudah, cepat dan selamat tanpa perlu membawa atau mengeluarkan wang tunai dari ATM,” kata Kasim.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bendahari atas penganjuran kempen tersebut, serta seluruh pihak yang terlibat seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar serta para peniaga dalam kampus UMS.

Terdahulu, Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail memberitahu, pada tahun 2022, pihak Paynet telah menaja dua kempen tanpa tunai di UMS, iaitu “Kempen MyDebit, FPX, JomPAY and DUitNow QR Campaign at UMS” dan “Kempen Cashless Campus sempena Program Pendigitalan Kampus Siri 1”.

 

“Kempen ini menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk para pembayar bertuah yang membuat pembayaran menggunakan MyDebit, DuitNow QR, FPX atau JomPAY serta para pemenang yang mengikuti aktiviti pembayaran tanpa tunai yang dijalankan dalam tempoh kempen tersebut.

 

“Pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMS juga turut terlibat dalam menjayakan aktiviti kampus tanpa tunai termasuklah mengadakan pertandingan serta hadiah bertuah kepada pembayar menggunakan mod pembayaran tanpa tunai kepada peniaga di kampus serta menganjurkan Karnival Cashless pada bulan Disember 2022,” katanya.

 

Beliau turut mengalu-alukan hasrat pihak PayNet untuk meneruskan tajaan bagi kempen Cashless Campus sempena Program Pendigitalan Kampus Siri 2 di UMS yang akan dilaksanakan pada tahun ini, serta berharap agar kerjasama seumpama akan berterusan pada masa hadapan.

 

Pada majlis itu, Kasim bersama Ketua Sektor Pendidikan Bahagian Pendigitalan Kerajaan, PayNet, Zurianty Sudin telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang kempen tersebut, serta menyempurnakan perasmian ‘Mangan Cafe’, kafeteria yang bertempat di Bangunan Canselori UMS.

 

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; dan Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh.