
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, para kontraktor yang dilantik memberi khdimat bakti di kampus juga umpama sebuah keluarga UMS, justeru setiap amanah yang diberikan perlu dijaga dengan baik untuk keselesaan bersama.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap kontraktor yang terlibat akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan cekap dan berkualiti.
Sebanyak sembilan syarikat menerima watikah pelantikan iaitu Global Resources, Bizzy Enterprise, Kontraktor Dinarmas, Agaras Maju, HYQ Resources, Joebuilder Enterprise, Metro Mas Enterprise, Kontraktor Teguh Jaya dan Syarikat Usaha Sama.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shariff Abd Kadir Shariff Omang. –HH
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori