
Membincangkan topik ‘UMS Pemacu Transformasi Pendidikan Tinggi Negara’, beliau akan ditemubual secara langsung dalam rancangan ‘Selamat Pagi 1Malaysia’ di RTM 1, pukul 7.30 pagi esok.
Datuk Harun akan membincangkan topik yang sama dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ di TV AlHijrah, jam 9.30 pagi pada 13 November.
Pada hari sama, beliau akan turut ke udara sebagai tetamu undangan dalam rancangan ‘Analisis Awani’ yang dihoskan oleh Penerbit Eksekutif Astro Awani, Nazri Kahar pada jam 9.30 malam.
Kesemua temuramah secara langsung itu diadakan di studio stesen TV masing-masing di Kuala Lumpur. -MA-
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori