PIAGAM PELANGGAN
Berikut adalah merupakan Piagam Pelanggan
Universiti Malaysia Sabah
Pengajaran & Pembelajaran
Mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke universiti kepada pelajar baharu yang berjaya dalam permohonan melalui laman web semakan kemasukan UMS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pengumuman Jabatan Pengajian Tinggi.
*Bahagian Perkhidmatan Akademik
Memastikan surat keputusan sidang viva-voce dikeluarkan pada hari yang sama sidang viva-voce dijalankan.
*Pusat Pengajian Pascasiswazah
Penyelidikan & Inovasi Pengkomersilan
Memberikan maklumbalas keputusan kelulusan permohonan Geran Penyelidikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
*Pusat Pengurusan Penyelidikan
Pengantarabangsaan
Mengeluarkan surat tawaran pelajar prasiswazah dalam tempoh 10 hari selepas permohonan lengkap diterima dari calon.
*Pusat Pengantarabangsaan & Penglibatan Global
Penerbitan
Menerbitkan buku dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan manuskrip lengkap.
Menerbitkan jurnal dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan sidang editor.
*Penerbit UMS
Service Delivery System