Image
Image
Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Confucius UMS, dengan kerjasama Persatuan Seni Tulis Cina Kaligrafi Kota Kinabalu, Sabah dan Hunan Calligrapher Association, China, telah menganjurkan Pameran Kaligrafi 2025 bertempat di Galeri Azman Hashim, UMS.
Image
Image
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, Naib Canselor UMS. Pameran ini menghimpunkan sebanyak 45 karya kaligrafi dari Malaysia dan 20 karya dari China, yang bukan sahaja menampilkan keindahan seni budaya, tetapi juga melambangkan hubungan erat serta kerjasama akademik dan budaya antarabangsa yang diperkukuhkan melalui UMS.
Image
Image
Selain pameran, turut dianjurkan Pertandingan Kaligrafi 2025 yang disertai pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti, dengan penyertaan dijangka melebihi 100 orang peserta. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan bakat baharu dalam kaligrafi, di samping memperkukuh apresiasi generasi muda terhadap warisan seni tulisan.
Image
Image
Hadir sama dalam majlis ialah Ms. Xue Xiaoning, Deputy Consul General, People’s Republic of China di Kota Kinabalu, Dr. Chiew Tung Moi, Pengarah Institut Confucius UMS, serta Prof. Dr. Ho Chong Mun, Ahli Majlis Institut Confucius.
Image
Penganjuran ini sekaligus mengangkat UMS sebagai pusat penghubung budaya dan pendidikan antarabangsa, khususnya dalam memperkukuhkan jalinan akademik dan masyarakat antara Malaysia dan China.

Recent Posts