- General Info
- Jumlah paparan: 1560
Sejak pelancaran Dasar e-Pembelajaran Nasional (DePAN) oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia) pada 16 April 2011, e-pembelajaran telah dimasukkan sebagai KPI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga sebagai KPI UMS. Dasar e-Pembelajaran Nasional (DePAN) telah digubal dengan mempertimbangkan lima tonggak utama, iaitu infrastruktur, struktur organisasi, kurikulum dan e-kandungan, pengembangan profesional dan budaya. Menurut DePAN, semua pensyarah UMS mesti mempunyai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk e-pembelajaran. Penubuhan Unit E-pembelajaran UMS (UNEP) ditubuhkan pada 1 Jun 2014 dan kemudiannya dinaik taraf menjadi Pusat E-pembelajaran pada 2 Ogos 2017.
akan datang