- General Info
- Jumlah paparan: 4166
Sejarah e-Pembelajaran UMS
E-Pembelajaran UMS bermula pada tahun 2000 di bawah Unit Media dan Teknologi Pendidikan (UMTP) dan kemudiannya di bawah tanggungjawab Pusat Perkembangan Akademik (PPA – kini PPSA) dari 2006 hingga 2008. Sejak 2009, epembelajaran hanya beroperasi di bawah Jawatankuasa E-Pembelajaran UMS (dipimpin oleh TNC Akademik) dan Jawatankuasa Pelaksana dan Pemantauan EPembelajaran (dipimpin oleh Ketua CAP E-Pembelajaran) tanpa naungan sebarang PTJ (tiada peruntukan operasi). Sejak pelancaran Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) oleh YB Menteri Pengajian Tinggi (nama kini ialah Kementerian Pendidikan Malaysia) pada 16 April 2011, e-pembelajaran telah dimasukkan sebagai KPI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga sebagai KPI UMS.
Dasar e- Pembelajaran Negara (DePAN) telah digubal dengan mengambilkira lima tunggak utama iaitu infrastruktur, struktur organisasi, kurikulum dan e-kandungan, perkembangan profesional dan budaya. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk e-pembelajaran menjadi sumber rujukan dan aktiviti Web 2.0 utama semua kursus di UMS selain daripada kuliah atau perjumpaan bersemuka para pensyarah dengan pelajar. Oleh yang demikian, KPI e-pembelajaran di bawah YBhg. Datuk Naib Canselor perlu diberi keutamaan supaya ianya boleh dicapai. Pada dasarnya hasrat KPM pada 2014 (arahan Timbalan Menteri Pendidikan 1 pada bulan Oktober 2013) ialah meminta semua IPTA untuk menerajui MOOC (Massive Open Online Courses) di semua IPTA. Justeru, kertas kerja ini dibuat untuk memohon penubuhan sebuah Pusat Tanggung Jawab (PTJ) E-Pembelajaran untuk membolehkan segala aktiviti e-pembelajaran UMS berjalan dilaksanakan dengan licin.