Kota Kinabalu, 27 Januari 2026 – Unit Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah mengadakan Mesyuarat Pentadbiran KAFA Bil. 1/2026 sebagai platform perbincangan awal bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan serta pengurusan program KAFA bagi tahun 2026.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Unit KAFA PIUMS dalam memperkukuh tadbir urus pentadbiran, meningkatkan kecekapan pelaksanaan serta memastikan penyampaian pendidikan KAFA dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan berimpak kepada warga Universiti Malaysia Sabah. Mesyuarat ini turut menjadi medan penyelarasan hala tuju, pembahagian peranan serta penambahbaikan berterusan selaras dengan objektif pembangunan pendidikan Islam di peringkat universiti.