selamat datang ke laMan web kami

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR

Hebahan

Takwim Akademik Semester 1 Sesi 2024/ 2025

08 Oct, 2024

TARIKH PERAYAAN/ CUTI/ MAJLIS UMS MINGGU KULIAH KAEDAH KULIAH KETETAPAN KULIAH MODUL AKTIVITI NOTA 12 - 13 OKT  2024 1...
Baca Lagi
Hebahan Modul UMS-SPRINT: ESG Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS

30 Aug, 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Bersama ini disertakan Modul UMS-SPRINT:ESG (e ISBN 978-629-96684-1-1) terbitan Pusat kokurikulum dan Pemajuan...
Baca Lagi
Iklan Jawatan Jurulatih/ Demonstrator Sambilan Kursus Kokurikulum Berkredit Sesi 2024/ 2025

09 Aug, 2024

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum berkredit...
Baca Lagi

Perutusan Pengarah

Profesor Madya Dr. Jurry Foo
Pengarah
Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar

e-Aplikasi

  • Pelajar
  • UMS-SPRINT
  • Inovasi
  • Karnival Kokurikulum
  • Tenaga Pengajar
  • Syarat Setuju Terima Tawaran
  • Permohonan Pendahuluan Pelbagai
  • Tuntutan Pengajaran
  • Staf / UMS JFPIB
  • Tempahan Kenderaan
  • Tempahan Fasiliti
  • Awam / Agensi Luar
  • Tempahan Fasiliti
  • Jawatan Kosong
  • Khidmat Komuniti UMS-SPRINT

Galeri

Demonstrasi seni pelajar hasil daripada pengalaman pembelajaran kursus kokurikulum dan ekspresi minda mereka.

Aktiviti Kokurikulum Pelajar

Menyediakan pelajar dengan aktiviti berasaskan kokurikulum untuk memupuk kemahiran insaniah. Sila masuk untuk melihat senarai aktiviti.

Kursus ditawarkan

Senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar untuk pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Sumber Artikel

Sila ke pautan sumber artikel kami mengenai aktiviti, acara dan berita yang berkaitan dengan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah

Masuk

sudut kajian

Lihat

Objektif kokurikulum UMS

Maklumbalas pelajar mengenai aktiviti kokurikulum

PAUTAN LAIN

  • Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.

CAPAIAN PANTAS

  • Direktori Kakitangan
  • Portal Kakitangan
  • Portal Pelajar
  • SmartUMS
  • E-Respon
  • Covid 19: Terkini dari UMS

IKUTI KAMI @

Facebook

Youtube

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : (+6088) 329032
(+6088) 32000 samb. 206500
Emel : pkpp[at]ums.edu.my

TERMA PENGGUNA | PENAFIAN | DASAR PRIVASI | POLISI KESELAMATAN | DASAR HAK CIPTA

TARIKH

PERAYAAN/ CUTI/ MAJLIS UMS

MINGGU KULIAH

KAEDAH KULIAH

KETETAPAN KULIAH

MODUL

AKTIVITI

NOTA

12 - 13

OKT 

2024

1

FIZIKAL

KULIAH BIDANG

  • PENGENALAN KURSUS DAN AKTIVITI PKPP  

19 - 20

OKT 

2024

2

FIZIKAL

KULIAH BIDANG

  • PERBINCANGAN & PENYEDIAAN KERTAS KERJA UMS-SPRINT

26 – 27

OKT

2024

3

FIZIKAL

 

KULIAH BIDANG

  • PEMBENTANGAN PROGRAM UMS-SPRINT DINILAI OLEH JURULATIH

02 NOV

2024

           

TARIKH AKHIR PERMOHONAN & PENGHANTARAN KERTAS KERJA AKTIVITI UMS-SPRINT MELALUI e-APLIKASI UMS-SPRINT, LAMAN WEB PKPP    

02 - 03

NOV 

2024

DEEPAVALI

4

DALAM TALIAN

PENGGANTIAN/ TIDAK SELARI

  • PERMOHONAN & PENGHANTARAN KERTAS KERJA AKTIVITI UMS-SPRINT YANG TELAH DISEMAK OLEH JURULATIH KE PKPP

 

09 - 10

NOV 

2024

5

FIZIKAL

MODUL PENYELESAIAN MASALAH

  • PELAKSANAAN UMS-SPRINT

PENGHANTARAN LAPORAN DALAM TEMPOH 5 HARI SELEPAS UMS-SPRINT

16 - 17

NOV 

2024

6

FIZIKAL

MODUL KOMUNIKASI

  • BENGKEL KI UMS SEJATI I (BOMBA & PENYELAMAT, PARAMEDIK & KEMBARA)  
  • PELAKSANAAN UMS-SPRINT
  • PENYEDIAAN LAPORAN UMS-SPRINT

PENGHANTARAN LAPORAN DALAM TEMPOH 5 HARI SELEPAS UMS-SPRINT

23 – 24

NOV 

2024

7

FIZIKAL

MODUL PERPADUAN

  • PELAKSANAAN UMS-SPRINT
  • PENYEDIAAN LAPORAN UMS-SPRINT

PENGHANTARAN LAPORAN DALAM TEMPOH 5 HARI SELEPAS UMS-SPRINT

25 NOV 

2024

-

01 DIS 

2024

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER            

07 - 08

DIS 

2024

KONVOKESYEN UMS

8

DALAM TALIAN

PENGGANTIAN/ TIDAK SELARI

  • PELAKSANAAN UMS-SPRINT
  • PENYEDIAAN LAPORAN UMS-SPRINT

PENGHANTARAN LAPORAN DALAM TEMPOH 5 HARI SELEPAS UMS-SPRINT

13 DIS 

2024

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN LAPORAN UMS-SPRINT MELALUI e-APLIKASI, UMS-SPRINT, LAMAN WEB PKPP

14 - 15

DIS 

2024

  9 FIZIKAL MODUL INTEGRITI  

 

21 - 22

DIS 

2024

HARI KRISMAS

10

DALAM TALIAN

PENGGANTIAN/ TIDAK SELARI

MODUL PATRIOTISME (REFLEKSI/ PENILAIAN KENDIRI)

 

23 - 29

DIS 

2024

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

04 - 05

JAN 

2025

TAHUN BARU

11

DALAM TALIAN

PENGGANTIAN/ TIDAK SELARI

MODUL PEMBANGUNAN PERSONALITI

11 - 12

JAN 

2025

 

12

DALAM TALIAN

  • (FORUM) MATLAMAT PERIBADI MELALUI UMS-SPRINT

18 - 19

JAN

2025

 

13

FIZIKAL

 

  • PERBINCANGAN DAN PERSIAPAN KARNIVAL KOKURIKULUM
  • KARNIVAL KOKURIKULUM UMS-KAL & UMS-SANDAKAN

25 - 26

JAN

2025

14

FIZIKAL

  • KARNIVAL KOKURIKULUM UMS-KK INDUK

27 JAN

2025

-

02 FEB

2025

CUTI ULANGKAJI

03 - 23

FEB

2025

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

24 FEB

2025 

23 MAC 

2025

CUTI SEMESTER

 

Perhatian:

  1. Takwim akademik ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa.
  2. Jurulatih sambilan wajib memberikan syarahan mengikut jadual kuliah yang telah ditetapkan di dalam takwim akademik. Jika ingin membuat sebarang perubahan waktu kuliah, jurulatih sambilan diwajibkan memaklumkan secara bertulis kepada pejabat PKPP terlebih dahulu bagi tujuan penyediaan ruang kuliah dan rekod sebelum memaklumkan kepada pelajar.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Bersama ini disertakan Modul UMS-SPRINT:ESG (e ISBN 978-629-96684-1-1) terbitan Pusat kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) untuk makluman dan rujukan.

Program UMS-SPRINT:ESG ini telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit pada semester 2 sesi 2023/2024 di mana aspek Alam Sekitar (E), Sosial (S) dan Urus Tadbir (G) menjadi asas kepada pelaksanaan program UMS-SPRINT.

Pihak PKPP yakin perkongsian modul ini dapat memberi manfaat kepada Universiti Malaysia Sabah.

Klik untuk muat turun modul

Karnival Kokurikulum Universiti Malaysia Sabah (KARKUMS) Semester 2 Sesi 2023/2024 Bertemakan ESG pada 29 Jun 2023 di Dewan Canselor, UMS. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

 

  

 

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum berkredit yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut (rujuk jadual mengikut komponen):

·         Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan (2 atau 3 jam kredit) 

·         Komponen Kebudayaan dan Kesenian (2 atau 3 jam kredit) 

·         Komponen Sukan dan Rekreasi (2 atau 3 jam kredit) 

·         Komponen Waja Diri (2 atau 3 jam kredit) 

·         Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi (2 atau 3 jam kredit) 

 

Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):

·         BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)

·         LBU: Kampus Antarabangsa Labuan

·         SDK: Kampus Sandakan

 

Untuk permohonan dan maklumat lanjut sila masuk pautan berikut https://www.ums.edu.my/pkppv2/index.php/ms/jawatan-kosong

TARIKH TUTUP: 19 OGOS 2024 (ISNIN) (SEBELUM JAM 5.00 PETANG)

Program bersama Jabatan Perikanan


Oleh: Profesor Madya Dr. Jurry Foo (jurryfm@ums.edu.my)

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif dalam menerapkan konsep ESG dalam pengajaran dan pembelajaran kursus kokurikulum berkredit sebagai usaha membentuk masyarakat bertanggungjawab terhadap kesejahteraan sejagat.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS menghasilkan modul UMSSPRINT-ESG (Modul Mahasiswa Prihatin UMS Alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus).

Universiti berperanan dalam mengajar nilai ESG dengan mewujudkan persekitaran inklusif yang menghormati perspektif yang berbeza, menggalakkan tadbir urus beretika sebagai pemimpin masa depan melalui pendidikan.

Batik for SocietyModul UMS-SPRINT: ESG

ESG dalam ekosistem pendidikan adalah cara mendidik masyarakat menghargai alam sekitar dalam mencapai pembangunan mapan. Penerapan nilai ESG dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan keseimbangan antara tindakan manusia dan alam semula jadi, menggalakkan amalan mesra alam serta memupuk sikap mengutamakan tanggungjawab sosial, keterangkuman dan kepelbagaian.


memfokuskan kepada peningkatan kemahiran insaniah pelajar di samping memberi manfaat bersama dengan komuniti dan rakan pelaksana, serta pembudayaan konsep ESG dalam aktiviti kemasyarakatan. Ini selaras dengan prinsip kelestarian alam sekitar, impak sosial, dan tadbir urus beretika.

Program penanaman pokok

Sebanyak 21 program telah dirancang dan dilaksanakan dilaksanakan pada fasa 1 pelaksanaan modul ini. Misalnya program PLANTASIA  dan Kebun LESTARI yang menumpukan kepada nilai alam sekitar, Program Batik for Society dan Program Jelajah 3M yang berfokus kepada nilai sosial dan program pengenalan sistem Tagal yang menyentuh nilai tadbir urus khusus kepada pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti.


Modul ini penting dalam membentuk masyarakat yang prihatin kepada kesejahteraan sejagat dari aspek alam sekitar, sosial dan pengurusan, kerana mahasiswa adalah bakal peneraju kepimpinan pada masa akan datang, iaitu sebagai perancang dan pembuat keputusan untuk bangsa dan negara. Bakal pemimpin ini perlu dibekalkan dengan kebolehan mengurus dan menangani isu alam sekitar dan sosial seperti perubahan iklim, kemiskinan, jantina dan ketidaksamaan sosial, keselamatan data dan privasi yang rencam.

Pautan Artikel 

Borneo Daily Bulletin