Karnival kokurikulum adalah kemuncak pembelajaran kokurikulum yang mempamerkan output pembelajaran secara amali melalui persembahan, pameran atau pertandingan. Di adakan pada setiap penghujung semester melibatkan keseluruhan pelajar kokurikulum dari pelbagai komponen kemasyarakatan, kepimpinan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan rekreasi, teknologi dan badan-badan beruniform seperti PALAPES, SUKSIS dan UMS-SEJATI. Pelajar kokurikulum diwajibkan berpatisipasi dalam program ini sebagai sebahagian daripada penilaian akhir (amali) pembelajaran kokurikulum. Melalui karnival, bakat dan potensi pelajar dinilai oleh tenaga pengajar dan pegawai-pegawai universiti bagi tujuan kecemerlangan selanjutnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Bengkel Kemahiran Insaniah UMS Sejati bertujuan untuk menyempurnakan dasar dan falsafah PKPP untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, rohani, emosi dan fizikal pelajar, untuk membangunkan ketahanan fizikal, mental dan rohani pelajar, menghasilkan kreatif , pemikiran yang inovatif dan proaktif dan memupuk keyakinan dalam menghadapi cabaran. Universiti Malaysia Sabah juga komited untuk menghasilkan pelajar yang dapat menguasai kepelbagaian pengetahuan ilmu teknikal dan profesional serta ilmu dan praktis kemahiran insaniah bagi melengkapi attribute graduan UMS yang holistik. Melalui bengkel ini mahasiswa/i akan dapat mempelajari dan mengenali pentingnya penerapan kemahiran insaniah kepada mahasiswa/i.
Objektif
· Menghasilkan pelajar yang sanggup menghadiri temuduga selepas mendapat pekerjaan
· Menghasilkan pelajar yang sangat mahir / diajar sendiri
· Menyediakan pelajar secara fizikal dan mental ke persekitaran kerja
Kuliah Berpusat Kemahiran Insaniah merupakan kuliah wajib bagi pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum 3 jam kredit. Kuliah ini diadakan bertujuan bagi melengkapi dasar dan falsafah PKPP iaitu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan ketahanan fizikal , mental dan spiritual pelajar, menjana pemikiran kreatif, inovatif, produktif dan proaktif serta menanamkan semangat keyakinan dan cekal dalam menghadapi cabaran. Universiti Malaysia Sabah juga komited dalam melahirkan pelajar yang dapat menguasai kepelbagaian ilmu kemahiran teknikal dan professional serta ilmu dan praktis kemahiran insaniah bagi melengkapi attribute graduan UMS yang holistik. Melalui bengkel ini mahasiswa/i akan dapat mempelajari dan mengenali pentingnya penerapan kemahiran insaniah kepada mahasiswa/i.
Objektif
Program UMS-SPRINT ataupun dikenali sebagai UMS-SISWAPRIHATIN merupakan program hubungan komuniti berteraskan keperluan pembangunan kemahiran insaniah dengan tumpuan kepada nilai-nilai kerjasama berkumpulan, kepimpinan serta membangunkan daya dan kemampuan interaksi dan komunikasi secara efektif dengan masyarakat setempat. Program ini dicernakan dari kursus-kursus kokurikulum bagi memberi ruang kepada pelajar mengadakan interaksi komuniti, budaya dan intelek dalam usaha merealisasikan integrasi nasional dan mahasiswa universiti yang mempunyai jati diri dan nilai kasih sayang sejagat. Program ini membawa pelajar ke beberapa tempat dan lokasi di negeri Sabah khususnya kawasan pedalaman dan desa.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah motivasi pendidikan, interaksi budaya, program kemasyarakatan dan pembangunan insaniah serta program-program yang melambangkan keprihatinan dan sumbangan mahasiswa kepada masyarakat. Program UMS-SPRINT di anjurkan pada setiap semester melibatkan pelajar-pelajar kokurikulum di kampus Induk Kota Kinabalu, Sandakan dan Kampus Antarabangsa Labuan. Di akhir program ini, pelajar diminta untuk menyediakan laporan projek dan seterusnya mengadakan pembentangan secara berkumpulan. Kualiti laporan projek serta pembentangan akan dinilai sebagai sebahagian daripada penilaian akhir.