FAQ

 

1. Apakah itu Memorandum Persefahaman (MoU)?

Ia adalah satu dokumen atau instrumen yan dipersetujui oleh dua pihak atau lebih yang bermaksud untuk menwujudkan hak dan tanggungjawab perundangan. MoU ini menunjukkan komitmen, tetapi dalam bentuk dan perkataan yang menyatakan niat untuk tidak terikat secara undang-undang.


2. Sekiranya sesebuah Jabatan/ Fakulti/Pusat/Institut di Universiti Malaysia Sabah ingin memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sempena usahasama/kerjasama dengan agensi luar atau dalam negara, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan?

Prosedur mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) ini ada dinyatakan dalam Pekeliling Pendaftar Bil 1/2008. Pada dasarnya MoU hendaklah mendapatkan perakuan persetujuan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang yang akan memberikan implikasi perundangan terhadap Universiti berhubung dokumen MoU berkenaan. Setelah diperakukan diperolehi, barulah cadangan usahasama/kerjasama tersebut dikemukakan kepada kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah Universiti sebelum dimajukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


3. Apakah jenis-jenis kesalahan tatatertib?

Kesalahan Tatatertib adalah suatu pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang telah ditetapkan didalam Akta 605. Antara kesalahan tatatertib yang digariskan ialah :

 1. Mempunyai pekerjaan luar tanpa kebenaran Universiti;
 2. Melanggar peraturan dan etiket pakaian yang telah ditetapkan;
 3. Mengguna dan/atau mengambil dadah;
 4. Menerima atau memberi apa-apa bentuk hadiah tanpa mengisytiharkannya;
 5. Menerima atau memberi apa-apa bentuk keraian;
 6. Tidak mengisytiharkan harta;
 7. Menyenggara taraf hidup melebihi tahap emolumen;
 8. Meminjam wang dari mana-mana institusi kewangan yang tidak berdaftar;
 9. Mempunyai keterhutangan wang yang serius;
 10. Meminjamkan wang dengan faedah;
 11. Membuat pernyataan awam tanpa kebenaran Universiti;
 12. Mengambil bahagian dalam politik;
 13. Tidak hadir bertugas tanpa cuti;
 14. Disabitkan dengan kesalahan jenayah (termasuk mahkamah syariah);
 15. Melanggar kontrak pembiayaan pelajaran/biasiswa;
 16. Merokok dalam kawasan kampus;
 17. Melakukan plagiarisme;
 18. Melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang bertulis.


4. Apakah jenis-jenis hukuman tatatertib?

Dibawah Peraturan 40 Jawatankuasa Tatatertib, mengikut bidang kuasanya boleh menjatuhkan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:-
 • Amaran;
 • Denda;
 • Lucut hak emolumen;
 • Tangguh pergerakan gaji;
 • Turun gaji;
 • Turun pangkat;
 • Ditahan kerja;
 • Digantung kerja ;
 • Buang kerja.


5. Apakah jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan?

Terdapat juga jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan yang walaupun tidak disebut secara spesifik didalam Akta 605, namun masih boleh diambil tindakan tatatertib kerana melanggar Peraturan 3 yang melarang seseorang kakitangan Universiti melakukan perkara-perkara berikut:

 • Membelakangkan kewajipan kepada Universiti;
 • Membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kewajipan kepada Universiti;
 • Memburukkan dan mencemarkan nama Universiti;
 • Kurang cekap atau kurang berusaha;
 • Tidak jujur atau tidak amanah;
 • Tidak bertanggungjawab;
 • Ingkar perintah;
 • Cuai dalam melaksanakan tugas-tugas;

Antara contoh pelanggaran tatakelakuan yang disebut di atas adalah:

 • Keluar negara tanpa kebenaran / kelulusan;
 • Berhutang dengan “along”;
 • Melakukan gangguan seksual;
 • Tidak mengetik kad perakam waktu;
 • Menggunakan kemudahan / peralatan pejabat / tenaga kerja untuk kepentingan peribadi;
 • Bergaduh/memaki hamun dikhayalak ramai;
 • Melanggar etika sebagai pegawai kerajaan;
 • Membongkarkan maklumat sulit;
 • Menyebarkan maklumat palsu;
 • Melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang bertulis.

 
 

SEKSYEN PENASIHATAN & PENYELIDIKAN


1. Apakah penasihatan yang boleh dirujuk kepada Seksyen Penasihatan & Penyelidikan?

 Semua hal ehwal perundangan berhubung dengan pelaksanaan fungsi & kuasa PTJ dan Universiti.

 

2. Apakah keperluan/dokumen yang perlu saya sertakan untuk rujukan penasihatan? 

Tuan/Puan  perlu menyertakan dokumen seperti checklist dokumen PPUU seperti berikut :-

  • Kronologi;
  • Perjanjian;
  • Minit Mesyuarat Pihak Berkuasa Universiti terbabit;
  • Minit Mesyuarat Eksekutif PTJ;
  • Penyata akaun;
  • Lain-lain dokumen berkaitan.

3. Bagaimanakah saya boleh merujuk isu perundangan?

Tuan/Puan boleh hadir secara kendiri ke PPUU di Aras 4, Bangunan Canselori Blok Selatan atau email kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  


4. Bilakah saya akan mendapat jawapan kepada rujukan penasihatan saya?

Penasihatan secara bertulis adalah dalam tempoh masa 14 hari atau 30 hari (isu perundangan kompleks) selepas penerimaan dokumen lengkap oleh PPUU.


   KLINIK GUAMAN


5. Apakah itu Klinik Guaman PPUU?

Klinik Guaman PPUU adalah suatu khidmat CSR Pejabat Penasihat Undang-Undang kepada warga UMS untuk membantu memahami dan mengetahui isu perundangan yang dihadapi dan selanjutnya mengenalpasti opsyen penyelesaian kepada isu perundangan yang berkenaan.

 

6. Apakah perkara yang boleh dirujukkan ke Klinik Guaman PPUU?

 Semua isu perundangan yang bukan urusan rasmi dan tidak melibatkan perkara yang mempunyai saluran khusus seperti aduan tatatertib/integriti, kilanan (grievances) dan lain-lain saluran permohonan/rayuan sedia ada, boleh dirujukkan kepada Klinik Guaman PPUU.


7. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Klinik Guaman PPUU?

 Klinik Guaman PPUU ini terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan.


8. Bagaimanakah saya boleh merujuk ke Klinik Guaman PPUU?

Tuan/Puan menghantar Borang Klinik Guaman samada secara kendiri dengan hadir ke PPUU di Aras 4, Bangunan Canselori Blok Selatan atau secara email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  


9. Di manakah saya boleh mendapatkan Borang Klinik Guaman?

Tuan/puan boleh mengimbas QR code pada poster Info PPUU Bil. 4 2021 yang terdapat di akaun rasmi facebook PPUU di pautan https://www.facebook.com/ppuuums atau meminta salinan yang sama secara email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

10. Bilakah sesi konsultasi Klinik Guaman PPUU?

Selepas penerimaan Borang Klinik Guaman dengan dokumen lengkap, Tuan/Puan akan dihubungi untuk penetapan temujanji Sesi Klinik Guaman. 


11. Bagaimana jika saya tidak dapat menghadiri sesi Klinik Guaman pada hari temujanji? 

Tuan/Puan perlu maklumkan PPUU sebelum hari temujanji untuk membolehkan penjadualan semula.

 

12. Bagaimanakah kaedah pengendalian temujanji Klinik Guaman? 

Kaedah pengendalian klinik perundangan PPUU adalah seperti berikut:-


BIL.

KAEDAH

CATATAN

1.

Secara bersemuka

Kakitangan atau pelajar akan hadir ke Pejabat Penasihat Undang-Undang untuk sesi temu bual dengan pegawai mengikut temu janji yang telah ditetapkan.

2.

Secara atas talian

Sesi temu bual dijalankan atas talian menggunakan applikasi: 

  1. google meet;
  2. Webex;
  3. Whatsapp video call;
  4. apa-apa kaedah atas talian yang lain.

3.

Secara emel

Sebarang pertanyaan kakitangan atau pelajar yang dimajukan menggunakan emel akan dibalas menggunakan kaedah yang sama

4.

Melalui panggilan telefon

Sebarang pertanyaan kakitangan atau pelajar ditanya melalui panggilan telefon akan dibalas menggunakan kaedah yang



13. Berapakah bayaran perkhidmatan Klinik Guaman PPUU?

Klinik Guaman PPUU adalah percuma.


14. Adakah Klinik Guaman ini boleh menyelesaikan masalah perundangan saya?

Klinik Guaman PPUU hanyalah panduan perundangan semata-mata dan bukanlah perkhidmatan perundangan menurut makna Sabah Advocates Ordinance (Cap 2).