22 JUN 2024 (SABTU): Kelab Kewangan Antarabangsa (HE19), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah menganjurkan 6th Annual Stock Trading Competition 2024 di Makmal Serbaguna, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Sebanyak 26 kumpulan yang mengandungi 3 ahli setiap kumpulan telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini bertujuan menyediakan platform untuk semua peserta menguji pengetahuan mereka dan mendapatkan pengalaman sebenar dalam perdagangan saham.

Oleh itu, pertandingan ini juga membantu mereka mempertajamkan kemahiran membuat keputusan dalam situasi segera.

Acara ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal.

Dr. Geoffrey menyatakan keterujaannya terhadap acara ini dan menekankan peranannya dalam membangunkan kemahiran perdagangan pelajar.

Beliau juga berharap agar program ini dapat melibatkan penyertaan daripada sekolah-sekolah, IPTA, IPTS, industri dan komuniti.

Pada akhir pertandingan, kemenangan diraih oleh pasukan "Meow Meow" yang terdiri daripada Iza Izzati Azahar, Meenatharshini A/P Ravi, dan Nurul Ashikin Ismail dengan jumlah pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 19.86%.

Mereka merupakan pelajar dari Program Ekonomi Kewangan Antarabangsa (HE22).

Naib johan pasukan "RTS" dengan ROI sebanyak 15.36% dan mereka adalah pelajar PascaSiswazah daripada gabungan Program Ekonomi Kewangan Antarabangsa (HE22) dan Program Kewangan Antarabangsa (HE19).

Manakala pasukan "UNKNOWN" memenangi tempat ketiga dengan ROI sebanyak 14.19% dan mereka adalah gabungan pelajar dari program Kewangan Antarabangsa (HE19) dan Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20).

Tempat keempat diraih oleh pasukan "LABUAN STAR" dengan ROI sebanyak 11.31% dan mereka merupakan pelajar dari program Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20).

Tempat kelima dimenangi oleh pasukan "YPK" dengan ROI sebanyak 9.04%.

Mereka juga adalah gabungan pelajar dari program Kewangan Antarabangsa (HE19) dan Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20).

Manakala pasukan Powerpuff Girls, Bull Bear, HE22 Roar, LAS Traders, Yeelong Mah, E.R.D, Surviver, NBC, Trade Tribe, Trio telah memenangi hadiah saguhati berupa hamper.

Program ini telah ditaja oleh Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Tracy Tumay Rigar, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Dr. Ricky Chia Chee Jiun, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Dr. Anath Rau Krishnan dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,) Dr. Noor Hassanah Husin.

Hadir sama Ketua Program Pemasaran Antarabangsa (HE21), Dr. Zurina Patrick, Ketua Program Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20), Dr. Ashari Bakri, Pensyarah Kanan, Dr. Emily Yapp Hon Tshin, Pensyarah Kanan, Zakiah Hassan, Penyelaras Program 6th Annual Stock Trading Competition 2024, Dr. Aminah Shari dan Siti Nur Aqilah Ab Wahab serta Pengarah Program 6th Annual Stock Trading Competition 2024, Nurul Nabila Syahira Yusri.

Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat.

Tamat.