PENTADBIRAN

01 Pejabat Pengarah

NAMA PEJABAT: PEJABAT PENGARAH

PENGENALAN:
Pejabat Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) merupakan pusat pentadbiran utama yang menerajui pengurusan dan pentadbiran di peringkat kampus. Pejabat ini berperanan penting dalam melaksanakan dasar, strategi dan aspirasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaras dengan misi dan visi universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.

Sebagai peneraju utama kepimpinan kampus, pejabat ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, industri, institusi pendidikan serta masyarakat setempat bagi memperkasakan peranan UMSKAL sebagai pusat kecemerlangan ilmu, penyelidikan dan pembangunan komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pejabat Pengarah UMSKAL turut komited dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang kondusif serta berdaya saing tinggi. Melalui kepimpinan yang berwawasan, pejabat ini terus berusaha mempertingkatkan kecemerlangan akademik, inovasi, serta kualiti perkhidmatan demi melahirkan graduan holistik dan bertanggungjawab kepada masyarakat serta negara.

FUNGSI PUSAT/SEKTOR:
Pejabat Pengarah bertanggungjawab memastikan semua aspek pengurusan akademik, pentadbiran, kewangan, pembangunan pelajar dan kemudahan fizikal di kampus berjalan dengan cekap, berkesan dan berintegriti. Selain itu, pejabat ini juga menjadi penghubung utama antara pihak pengurusan UMS di Kota Kinabalu dengan komuniti kampus di Labuan.

Fungsi pejabat ini ialah:
• Memantau dan menyelaras pentadbiran kampus termasuk urusan sumber manusia, kewangan, aset, dan kemudahan fizikal bagi memastikan kelancaran operasi harian.
• Melaksanakan dasar dan keputusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di peringkat kampus serta memastikan pematuhan terhadap semua peraturan dan garis panduan universiti.
• Menjadi peneraju kepimpinan dan tadbir urus kampus dengan memastikan hala tuju strategik selaras dengan visi, misi dan objektif UMS.
• Menyelaras pelaksanaan program akademik dan bukan akademik di kampus serta memantau prestasi fakulti, jabatan, dan pusat tanggungjawab yang beroperasi di bawah UMSKAL.
• Memastikan kebajikan, pembangunan sahsiah dan kesejahteraan pelajar diberi perhatian melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan inklusif.
• Membangun dan memperkukuh jaringan strategik dengan agensi kerajaan, industri, sektor swasta, dan komuniti setempat bagi memperkasakan peranan kampus di Wilayah Persekutuan Labuan.
• Merancang dan memantau pembangunan infrastruktur serta kemudahan kampus bagi memastikan penyelenggaraan dan penggunaan sumber dijalankan secara optimum dan lestari.
• Meningkatkan budaya kecemerlangan dan inovasi melalui pelaksanaan inisiatif peningkatan kualiti, inovasi perkhidmatan, serta kumpulan kreatif dan inovatif (KIK).
• Mempromosikan imej dan reputasi UMSKAL sebagai kampus antarabangsa yang berdaya saing, progresif dan berpaksikan kecemerlangan ilmu, penyelidikan serta pembangunan komuniti.

HUBUNGI KAMI:

PEJABAT PENGARAH
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN,
ARAS 13, BANGUNAN MENARA,
JALAN SUNGAI PAGAR,
87000 WILAYAH PESEKUTUAN LABUAN

Telefon : 087 - 503000 (sambungan 400013)
Emel : pengarahkal@ums.edu.my

Hubungi Kami

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 WP Labuan

+(60) 87 - 503 000
adminkal[at]ums.edu.my