25 JUN 2024 (SELASA) – Sektor Pentadbiran Kolej Kediaman telah menganjurkan Taklimat Penyakit Kronik di Bilik Seminar Layangan, Aras 11, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Taklimat yang bermula pukul 2.30 petang itu disampaikan oleh Pengurus Klinik Rawatan Warga UMSKAL, Dr Lily Shuzeen Kimin.

Turut hadir Ketua Sektor Pentadbiran Kolej Kediaman, Norhanizah Adnan.

Peserta taklimat itu terdiri daripada kakitangan, wakil JAKMAS, Felo, Kontraktor Panel dan Pengusaha Café.

Penyakit Kronik adalah penyakit yang berpanjangan dan selalunya tidak boleh sembuh sepenuhnya.
Contoh penyakit kronik termasuk diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, asma dan kanser.

Tujuan taklimat adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya penyakit kronik, membincangkan cara-cara mencegah penyakit kronik, memberi panduan mengurus kehidupan dengan penyakit kronik dan berkongsi kisah-kisah kejayaan pengurusan penyakit kronik.

Jaga Kesihatan Sendiri dan Keluarga.

Tamat.