LABUAN: Kumpulan Bambusa Magika dari Sekolah Kebangsaan Bebuloh (SKB) muncul juara Kategori Sekolah (7-12 Tahun) Pertandingan Aerodance sempena Tamu Gadang 2023, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), baru-baru ini.

Dengan kejayaan itu, Bambusa Magika membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan sijil penyertaan.

Naib johan disandang The Sportlight dari SK. Patau-Patau yang menerima RM200 dan sijil penyertaan.

Manakala kumpulan Aero Bravo Kids dari SK. Membedai di tempat ketiga sekaligus meraih RM100 dan sijil penyertaan.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Kerups On Fayyah SK. Kerupang dan Super Shine Girls SK. Sungai Bedaun yang menerima hamper dan sijil penyertaan.

Manakala bagi Kategori Terbuka, juara menjadi milik kumpulan Zeus Athena yang membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan sijil penyertaan.

Tempat kedua yang dimenangi kumpulan Lightbone (SMK Labuan) menerima RM300 dan sijil penyertaan.

Kumpulan Taming Mas menduduki tempat ketiga yang meraih RM200 dan sijil penyertaan.

Kumpulan Malar Slay dan Aeromix yang menduduki tempat keempat dan kelima menerima hamper dan sijil penyertaan.

Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL, Hadzariah Ismail menyampaikan hadiah kepada pemenang di Dewan Utama UMSKAL pada Sabtu lalu.

Turut hadir Ketua Sektor Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), UMSKAL, Johari Safar.

Johari mengucapkan terima kasih kepada semua kumpulan yang menyertai pertandingan itu pada tahun ini.

‘Terima kasih juga kepada semua AJK Penganjur Pertandingan Aerodance sempena Tamu Gadang 2023 UMSKAL,”katanya yang juga Penyelaras Pertandingan.

Tamu Gadang UMSKAL 2023 diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-25 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember 2023 di Kampus Induk, Kota Kinabalu.

Tamat.