LABUAN: Pasukan Chailuk A mengungguli Kejohanan Bola Tampar Pantai Lelaki sempena Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2023.

Di perlawanan akhir yang sengit yang berlangsung di Gelanggang Pantai UMSKAL pada 3 Disember 2023 menyaksikan pasukan Chailuk A mengecewakan pencabarnya, Wipers B, 24-22, 16-21 dan 16-14.

Dengan kemenangan itu, Chailuk A yang diwakili Mohd Addie Azrin Abd Rahman dan Edris Harun membawa pulang hadiah wang tunai RM500, medal dan sijil.

Manakala Wipers B yang dibarisi Bakri Safwan dan Muhammad Ilham Adili Alias menerima RM200 medal dan sijil.

Pasukan tempat ketiga, Wipers A yang dibarisi Givereedo Edmund dan Mohd Ikhwan Monajah meraih RM80, medal dan sijil selepas menewaskan Garuda 24-22, 18-21 dan 15-7.

Sebanyak 20 pasukan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan menyertai kejohanan tiga hari itu yang dianjurkan Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut menyampaikan hadiah ialah Pegawai Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Zulhelmi Ambaran.

Hadir sama Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL, Dr. Ahmad Fadly Abdul Rahman.

Syabas buat Sukarelawan Sukan.

Tamat.