12 Jun 2024 (Rabu) – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani Surat Tunjuk Niat bersama Chin Wui Trading di Bilik Eureka, UMS Kampus Antarabagsa Labuan (UMSKAL).

Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, berharap agar kolaborasi ini dapat memperluaskan hubungan strategik, memberikan peluang pembelajaran dan pengalaman baru kepada mahasiswa serta mempromosikan produk melalui pemasaran komprehensif.

Program kolaborasi bersama Chin Wui Trading telah memberikan banyak input berguna kepada mahasiswa, mencetuskan idea dan pengalaman baru.

Melalui program ini, peluang mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan.

Tahniah dan syukur kerana program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga mahasiswa dapat menimba ilmu baru yang sukar diperolehi melalui kuliah.Pegawai Eksekutif Chin Wui Trading, Liau Jun Wui menyatakan keterujaan mereka untuk berkongsi rancangan masa depan bagi memajukan syarikat dengan meningkatkan jualan, pengetahuan produk dan pengedaran.

Mereka komited untuk mengembangkan kehadiran pasaran, menjangkau lebih ramai pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan mereka.

Perjanjian rasmi antara Chin Wui Trading dan Universiti Malaysia Sabah menandakan era baharu perkongsian dalam inovasi pemasaran dan pengedaran produk, memperkukuh hubungan industri dan akademik untuk manfaat bersama.

Program ini juga akan mempertingkatkan promosi dan pengedaran produk melalui usaha pemasaran menyeluruh melalui pelbagai media.

Inisiatif ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan.

Liew menunjukkan rasa kesyukuran atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kolaborasi ini.Pensyarah Kanan FKAL, Dr. Md Mahmudul Haque yang juga sebagai ketua projek, menyatakan bahawa FKAL telah memberikan perkhidmatan kepada industri tempatan dan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.

Beliau memberikan pendedahan kepada mahasiswa dalam projek ini agar mereka memahami cara mempromosikan idea produk baru kepada pihak berkepentingan serta mempelajari pemasaran media sosial.

Kolaborasi ini dapat memberikan idea kepada mahasiswa untuk memulakan Perusahaaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas tamat pengajian.

Syarikat juga akan mendapat manfaat dalam pembangunan produk, aktiviti promosi di media sosial dan mencari pengedar di kawasan lain di Malaysia.

Turut hadir Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FKAL, Dr Anath Rau Krishnan dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FKAL, Dr Noor Hassanah Husin.

Terima kasih Chin Wui Trading.

Tamat.