2 JULAI 2024 (SELASA) - KELAB Seni dan Budaya Taming Mas Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah memenangi Anugerah Kepimpinan Kesenian dan Kebudayaan (Berkumpulan) sempena Majlis Anugerah Hal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2024 Kali Ke-25.

Dengan kejayaan itu, Taming Mas UMSKAL membawa pulang hadiah berupa trofi, Sijil Penghargaan dan Cek Cura (mock cheque) dalam bentuk Geran Aktiviti Pelajar bernilai RM2,000.

Pemyelaras Kelab Seni dan Budaya Taming Mas UMSKAL, Mas Adi Alimin berkata kelab itu yang ditubuhkan pada tahun 2009 pernah merangkul Anugerah Emas dan Busana Terbaik Sempena Festivsal Tari IPT Borneo 2023.

Beliau yang juga Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manuisa (SPSM) UMSKAL berkata Kelab Seni dan Budaya Taming Mas turut muncul Johan Koreografi Terbaik dan Busana Terbaik Sempena Borneo Rhythm Of Art UMS pada 2023.

“Selain membuat persembahan tarian, ahli kelab turut mengadakan pameran pencapaian pelajar sepanjang tahun 2023.

“Saya ucapkan terima kasih atas komitmen semua ahli kelab sepanjang tahun lalu,”katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UMSKAL.

Sementara itu, Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan membanggakan Kelab Seni dan Budaya Taming Mas UMSKAL itu.

“Sememangnya Kelab Seni dan Budaya Taming Mas UMSKAL layak menerima anugerah berkenaan selepas mempamerkan kejayaan yang cemerlang sepanjang tahun 2023.

“Saya berharap lebih banyak kejayaan diraih pada masa akan datang sekaligus menyuntik semangat pelajar UMSKAL untuk meneruskan kecemerlangan,”katanya.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Haji Mansor di Ball Room 2, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada 29 Jun 2024.

Anda Semua Terbaik.

Tamat.