Pada hari ini, 17 JULAI 2024 (RABU) telah diadakan Program Bicara Eksekutif Bulan Keselamatan Negara “Mengimbau Tragedi MH17: Pengurusan Dan Pengendalian Krisis Negara

Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang menjadi lokasi program dipenuhi lebih 350 peserta sejak pukul 8.30 pagi

Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik, Pejabat Perdana Menteri, Khairil Hilmi Mokhtar yang juga Ketua Misi MH17 berkongsi pengalaman beliau.

Program dianjurkan Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama UMSKAL dan Perbadanan Labuan.

Program diadakan sempena sambutan Bulan Keselamatan Negara Tahun 2024.

Objektif pelaksanaan program adalah untuk memberikan perkongsian berkaitan pengurusan dan pengendalian krisis negara khususnya berkaitan tragedi pesawat MH17.

Setiap tahun, bulan Julai dipilih sebagai Bulan Keselamatan Negara bagi menyemai kesedaran keselamatan negara, membaja penghayatan dan memanifestasi kecintaan kepada watan.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek merasmikan program berkenaan.

Turut hadir Pengarah MKN Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud, Panglima Wilayah Udara 2 Markas Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Jeneral Dato' Wan Amin Hafiz Wan Mahmud TUDM, Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid dan Ketua Polis Labuan, Superitendan Mohd Hamizi Halim.

Warga WP Labuan turut berdukacita dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa MH17.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.

Tamat.