3 Disember 2023 (AHAD) – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Zon Labuan dan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bekerjasama menganjurkan program Ceramah Kepemimpinan:High Performance Individual yang disampaikan oleh Ketua Sektor Keselamatan UMSKAL, INSP/PB, Rakam Singh A/L Karam Singh.Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek merasmikan majlis itu yang diadakan di Podium D, Menara UMSKAL.Program yang diadakan sempena Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2023 pada 1 – 3 Disember 2023 itu disertai 54 pelajar UMSKAL.Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid turut menyantuni Simsudin sambil berharap lebih banyak program dapat diadakan oleh MPP pada masa hadapan.Beliau mahu komuniti setempat akan terus mendekati UMSKAL menerusi peranan yang dimainkan MPP Zon Labuan.Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan MPP mengadakan program bermanfaat itu.Terima kasih MPP Labuan.

Tamat.