Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan membawa tuah kepada Nur Allya Mardiana Jairin apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Talentime kategori 17 tahun ke bawah sempena Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2023.

Naib johan Kumpulan Koir SMK Labuan dan ketiga Nurfaeza Tul Zuhairah Sabtu @ Noor Maziz.

Sementara itu, bagi kategori 18 tahun ke atas, juara disandang Genaldo Bantikan @ Leo selepas menyanyikan lagu dendangan Adele Rolling in the Deep.

Naib johan disandang Awang Hasley Ali Omar manakala Awangku Danial Mateen Pg Kamaluddin menduduki tempat ketiga.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM300 manakala naib johan dan ketiga masing-masing menerima RM200 dan RM100 berserta sijil penyertaan.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid menyampaikan hadiah kepada pemenang di Dewan Utama UMSKAL pada 2 Disember 2023.

Turut hadir Penyelaras Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMSKAL, Dr Syahrul Nizam Salam dan Penolong Pendaftar Kanan PPIB, Noraini Samsu.

Dr Syahrul Nizam mengucapkan terima kasih kepada AJK Penganjur yang terdiri daripada pensyarah dan guru Bahasa PPIB serta AJK Pelajar.

“Terima kasih kepada semua peserta. Kita jumpa lagi tahun hadapan,”katanya.

Tamu Gadang UMSKAL 2023 diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-25 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember 2023 di Kampus Induk, Kota Kinabalu.

Tamat.