LABUAN – Pelajar Tahun 1, Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Oliver Leonard Chua Linggau muncul johan Pertandingan MR.PKG 2023 peringkat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang diadakan di Dewan Utama UMSKAL pada 10 JUN 2023.

Rakannya, Alif Danish Abd. Razak pula meraih Naib Johan manakala pelajar Tahun 2, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dominic Chan Swee Hock menduduki tempat ketiga.

Bagi Pertandingan MS.PKG, Johan menjadi milik pelajar Tahun 2, FKI Rachael Unggok Anak Robert.

Trofi Naib Johan dibawa pulang pelajar Tahun 1 FKAL, Amanda Mabellove Piusai.

Pelajar Tahun 2, FKI, Elyssa Maria Kamaruddin @ Habel Jacob memenangi Tempat Ketiga.

Gelaran Mr.Popular diraih pelajar Tahun 2, FKAL, Matthew Vay Michael Soon manakala seorang lagi pelajar Tahun 2, FKAL, Connie Chang Jia Hui menggondol gelaran Ms.Popular.

Majlis perasmian Pesta Kaamatan dan Gawai (PKG) UMSKAL 2023 disempurnakan oleh Pengetua Kolej Kediaman, Hadzariah Ismail yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Abdul Hamid.

Turut hadir Dekan FKAL, Professor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Setiausaha Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) W.P. Labuan, Walther Philip Michael, Pengerusi Komuniti Dayak Labuan (KDL) W.P. Labuan, John Ngalih, Penyelaras Program Pesta Kaamatan & Gawai - UMSKAL 2023,  Dr. Ribed Vianneca W. Jubilee dan Pemantau Program Pesta Kaamatan & Gawai - UMSKAL 2023, Dimetio Fernandez Anak Luat.

Pertandingan tersebut diadili empat orang juri iaitu Aeddy Lubin selaku Ketua Juri, Md Muszaimii Md Mussa, Dinaria Anak Thomas Kinti dan Anna Jessi.

Tahniah dan syabas kepada Pengarah Program, Benjamin Yee Jing Min dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Sekalung penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dan pihak lain yang turut menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini. 

Terima Kasih Semua.