LABUAN: Seramai enam orang Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (MATPPUMS) Tahunan Kali Ke-18 Tahun 2024 pada 25 April 2024.

Mesyuarat yang diadakan secara dalam talian itu diadakan di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu.

Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar merasmikan mesyuarat agung yang bermula pukul 8.30 pagi itu.

Turut diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS).

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPUMS diadakan secara serentak di UMS Kampus Kota Kinabalu, UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari Sandakan hingga 1 petang.

Mesyuarat PPUMS KAL diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.

Tamat.