19 JULAI 2024 (JUMAAT)  - Satu majlis penutupan untuk meraikan kejayaan kempen SULAM bagi subjek Kewangan Korporat Antarabangsa yang dijayakan oleh 5 orang pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) terdiri daripada Christie Allyssa, Auedry Clayresa, Ivy Cassandra, Nur Aqidah dan Manishasharmini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS), Wilayah Persekutuan Labuan pada 27 JUN 2024.

Majlis penutupan projek SULAM itu turut dihadiri oleh Guru Besar SK Pekan 1, Anita Shyamini A/P S.Azman, Timbalan Pengerusi Labuan Unity, Imelda Atiqah Untol dan Penyelaras Projek SULAM bagi Kewangan Korporat Antarabangsa, Dr. Suzillah Sidek bagi meraikan pencapaian projek SULAM tersebut sekaligus mengiktiraf sokongan serta sumbangan daripada komuniti.

Dr. Suzillah berkata kejayaan kempen pengumpulan dana awam (crowdfunding) sebanyak RM2,048 bertujuan untuk menghasilkan lukisan mural lantai interaktif dan menyediakan permainan sensori kepada para murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Pekan 1, Labuan.

Dalam proses melukis mural lantai interaktif ini, pelajar UMSKAL turut dibantu oleh ahli-ahli Labuan Unity dan guru-guru di SK Pekan 1. Peka terhadap United Nation Sustainable Development Goal (SDG 4) kualiti pendidikan, lukisan mural lantai interaktif dan permainan sensori yang disediakan juga membantu meransang lima deria utama murid iaitu deria sentuhan, rasa, bau, penglihatan dan pendengaran.

Diharapkan dengan adanya projek seperti ini, usahasama dalam kalangan mahasiswa, guru dan komuniti dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia khususnya di W.P Labuan.

Pelajar FKAL ceriakan murid PPKI SK Pekan 1, Labuan.

Tamat.