29 Disember 2023 (JUMAAT) - Pelajar Kursus Pengurusan Wakaf Program Kewangan Islam, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah berhasil melaksanakan projek komuniti "WAQF GO GREEN".

Pensyarah Kursus Pengurusan Wakaf, Dr Hajah Haneffa Muchlis Gazali berkata mereka berhasil memgumpulkan dana melalui platform KitaFund dalam projek Infaq Crowdfunding. Katanya, objektif projek ini adalah untuk menyediakan bekalan buah-buahan kepada komuniti UMSKAL untuk jangka masa yang panjang.

Tambahnya, projek ini juga merupakan sebahagian dari penilaian Kursus Pengurusan Wakaf dan inisiatif Projek SULAM yang menggabungkan pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti.

Jumlah dana terkumpul adalah sebanyak RM500 dan dana itu telah digunakan untuk membeli 16 anak pokok, termasuk 8 Mangga Merah dan 8 Jambu Bol, serta peralatan menanam seperti baja, tong air serta getah paip.

Beliau berharap projek ini akan memberikan impak positif kepada komuniti UMSKAL pada masa akan datang serta menyumbang kepada ekosistem hijau yang lebih baik.

Majlis penyerahan anak pokok disempurnakan oleh Ketua Projek Infaq Crowdfunding, Saibah Naqiyah Yahaya, kepada Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid di Lobi Menara UMSKAL.

Dr. Haneffa yang menyaksikan majlis itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek itu termasuk penyumbang dana.

Sementara itu, Mas Adi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Projek ini diusahakan oleh Nurin Ramlee, Mayawulandari Dasiman, Nur Izzati Syazwani Rosli.

Turut terlibat sama Nur Faezah Fadir, Siti Nursashaintan Bakri, Atikah Arip dan Nurul Atieka Salamat.

Sumbangan anda semua dihargai.

Tamat.