19 Disember 2023 (SELASA) – Pelajar Kursus Pengurusan Wakaf Program Kewangan Islam, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Infaq Crowdfunding iaitu pengumpulan dana melalui KitaFund.Pensyarah Kursus Pengurusan Wakaf, Dr Hajah Haneffa Muchlis Gazali berkata dana yang terkumpul itu digunakan untuk membeli peralatan kesihatan di Klinik Rawatan Warga (KRW) UMSKAL.Katanya, dana yang diperolehi daripada pelajar, kakitangan dan orang ramai itu telah digunakan untuk membeli Wheelchair, Crutches, Stretcher, Hot/cold compress, First Aid Box dan Cooler Box.Jelas beliau, projek ini adalah kerja khusus di bawah Kursus Pengurusan Wakaf yang diambil pelajar pada semester ini.Majlis penyerahan peralatan kesihatan itu disempurnakan Ketua Projek Infaq UMSKAL, Ahmad Al-Hasyir Narawi kepada Ketua Sektor KRW, Dr. Roy Matin Daya sambil disaksikan Dr. Hajah Haneffa di KRW.Sehubungan dengan itu, Dr. Hajah Haneffa berkata projek ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Projek SULAM iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).Dr. Hajah Haneffa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.Sementara itu, Dr. Roy mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan pelajar yang terlibat atas usaha mereka membantu pihak KRW dalam memastikan kelengkapan peralatan kesihatan mencukupi.Projek ini telah diusahakan oleh 12 orang pelajar Tahun 4 Kewangan Islam selama sebulan bermula daripada 10 November hingga 10 Disember 2023.Selain Ahmad Al-Hasyir Narawi, projek itu diusahakan Aina Aiza Rosli, Abdul Zamin Azmeer Abdullah, Muhammad Muhaimin Osman, Nur Arina Nadhirah Madzalan dan Nurnaziratul Mursyidah Musa.Selain itu, Rubaasiri Pathidevon. Nurshakinah Karsing. Nurul Fatihah Muing, Yonesha Kavina Karthigesu, Mahaletcumy Sankar dan Syahmi Aiman Shamsudin.

Tamat.