LABUAN, 10 JUN 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menghadiri perbincangan Program Fiesta Rakan Muda di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.

Beliau menasihatkan mahasiswa supaya mengambil ruang dan peluang yang disediakan untuk mencuba sesuatu ilmu dan pengalaman baharu di samping mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Profesor Ts. Dr. Shamsul mengingatkan penganjur agar tidak mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan demi kesejahteraan peserta dan pengunjung.

Program Fiesta Rakan Muda 2025 akan diadakan di Padang Kawad UMSKAL pada 4 - 6 Julai 2025.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Zulhairi Isnean.

Turut hadir Ketua Sektor Sukan, Rozeyatie Ibrahim, Penyelaras Sekretariat Rakan Muda UMSKAL, Mohd Quazly Ariffinanzy dan Presiden Sekretariat Rakan Muda UMSKAL, Kumaravel A/L Vee Loo Samy.

Kira-kira 500 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, belia dan mahasiswa UMSKAL. akan menyertai program berkenaan.

Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan kawad kaki, kitar semula dan doodle art,

Pihak UMSKAL akan bekerjasama dengan JBS dan Jabatan Pendidikan Labuan serta jabatan dan agensi kerajaan terbabit memastikan program itu berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Pihak UMSKAL sentiasa mengalu-alukan pelbagai program anjuran jabatan dan agensi kerajaan untuk manfaat belia dan mahasiswa,.