Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program Promosi Pascasiswazah di Galeri Pengembangan Pertanian, Fakulti Pertanian Lestari (FPL), UMS Cawangan Sandakan pada 28 Mei 2025.
Program ini telah disampaikan oleh Penyelaras Program Pascasiswazah (Penyelidikan) Dr. Jackel Chew Vui Lung dan Penyelaras Program Pascasiswazah (Kerja Kursus) FKI, Dr. Samry@Mohd Shamrie Sainin,
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan mempromosikan program-program pascasiswazah yang ditawarkan oleh FKI kepada kakitangan akademik dan bukan akademik.
Di samping itu untuk menjalin kerjasama strategik dengan agensi luar.
Antara agensi luar yang turut terlibat dalam program ini ialah Institut Latihan Industri Sandakan serta warga kerja FPL sendiri.
Kehadiran Ketua Pentadbiran FPL merangkap Timbalan Pendaftar Kanan, Dr. Roslan Gimba, turut memeriahkan lagi program ini dan menunjukkan sokongan padu terhadap usaha promosi pendidikan tinggi.
Program ini telah diselaraskan dengan jayanya oleh urus setia yang diketuai oleh Junainah Yunus dan Junaidah Lamjan FKI.
Jom Lanjutkan Pengajian di FKI.