14 JUN 2024 (JUMAAT) - Seramai 25 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri program Kesedaran Gangguan Seksual di Bilik Eureka, UMSKAL.

Program itu dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRSKAL) yang diketuai Mohd Hanif Mohd Fadzil selaku Pengarah Program Kesedaran Gangguan Seksual. 

Pada program selama dua jam itu menampilkan dua ahli panel iaitu ASP Siasatan/ Perundangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, ASP Fransisca Duliat dan Pegawai Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Maslia Kaman.

Turut hadir Pembantu Tadbir Kanan, Noreffaizza Jali yang mewakili Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Nur Iman Reedzal yang juga Pegawai Psikologi Kanan, Pembantu Tadbir, Norfaizah Wahid dan Timbalan Pengarah Program Kesedaran Gangguan Seksual, Nurul Qurratul Ain Yuszaimie.

Gangguan Seksual merupakan perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal atas sebab munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Antara kesan gangguan seksual kepada mangsa ialah kurang keyakinan diri, perubahan tingkah laku, kurang berinteraksi, sukar mempercayai orang lain dan sukar bekerja dalam kumpulan.

Selain itu, risiko kesihatan mental, kemurungan dan risiko kesihatan fizikal.

“Tidak dapat fokus dalam pekerjaan, tingkat prestasi menurun, menurunkan motivasi kerja dan berkecenderungan berhenti kerja.

Ahli panel berkata semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membanteras gangguan seksual.

Antaranya sebagai individu jangan takut untuk tampil membuat laporan dan peka dengan rakan-rakan di sekeliling.

Ibu bapa pula perlu memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mengenai pendidikan seksual (sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat).

Komuniti pula perlu mendapat pendidikan dan kesedaran menerusi promosi program berkaitan gangguan seksual.

“Masyarakat wajar bergiat aktif dalam program komuniti dan cakna dengan isu semasa manakala kerajaan menguatkuasa undang-undang,”katanya.

Semoga Bermanfaat.

Tamat.