21 Ogos 2023 (ISNIN) - Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Labuan dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bekerjasama menganjurkan Program Motivasi Selangkah Ke Menara Gading pada 19 hingga 20 Ogos 2023.

Seramai 142 pelajar Tingkatan 6 menjayakan program tersebut.Program itu dikendalikan 37 pensyarah Tingkatan 6 manakala 13 Guru Bimbingan dan Kauseling Labuan bertindak sebagai fasilatator dan penceramah.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Haji Mohamad.Turut hadir Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dr Ricky Chia Chee Jiun yang mewakili Dekan FKAL, Professor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjaldan Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Labuan, Saminan Haji Sabtu.Pengetua SMK Labuan, Haji Mohd Nizam Yasim mengucapkan terima kasih kepada UMSKAL kerana selama ini UMSKAL sering membantu pelajar Pusat Tingkatan Enam, SMK Labuan,Dr Ricky Chia menyampaikan ceramah bertajuk ‘Effective Leadership in an Organization dan ‘4’Ps You or Your Future’.Tamat.