4 FEBRUARI 2025 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Aras 6, Blok B, Bangunan Canselori UMS, Kota Kinabalu.
Majlis bersejarah ini disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi Dan Libatsama Industri, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut@Mohd Nasri, mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Jamali Mohd Adnan mewakili Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr. Muhammad Suhaimi Taat, dan Ketua Pentadbiran UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Zamri Mohammad Tuah.
Memorandum Persefahaman ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara UMS dan PMWP.
MoU ini merangkumi pelbagai inisiatif strategik, termasuk kerjasama dalam penyelidikan akademik dan penerbitan ilmiah berkaitan isu-isu agama, ekonomi Islam, dan pembangunan masyarakat.
Pelaksanaan program latihan, seminar dan bengkel melibatkan kepakaran kedua-dua institusi dalam bidang masing-masing.
Perkongsian data dan maklumat untuk meningkatkan kefahaman dan penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan masyarakat Islam.
Penganjuran program pendidikan dan kesedaran agama yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa UMS serta masyarakat umum.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim menyatakan bahawa kolaborasi ini merupakan sebahagian daripada usaha UMS untuk mengukuhkan hubungan dengan institusi-institusi penting di Malaysia bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan.
Kami percaya bahawa kerjasama ini akan membuka peluang kepada mahasiswa dan penyelidik UMS untuk terlibat dalam penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat.
Selain itu, PMWP sebagai badan autoriti dalam hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan akan dapat menyumbang kepada pembangunan wacana ilmiah yang lebih mendalam di peringkat universiti.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman turut menekankan kepentingan kerjasama ini dalam memperkasakan pendidikan Islam dan pembangunan masyarakat melalui kajian akademik yang lebih sistematik.
Dengan termeterainya MoU ini, UMS dan PMWP komited untuk meneruskan kerjasama dalam bidang akademik dan profesionalisme bagi memperkukuhkan peranan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Terima Kasih Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kredit Gambar PKK UMS.