26 JUN 2024 (RABU) - Seramai 30 peserta telah menjayakan ceramah Program Sempena National Training Week (NTW) 2024 di Bilik Seminar Layangan, Aras 11, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Mereka terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMSKAL serta orang awam yang berminat.

Ceramah bertajuk ‘Minda Positif, Emosi Sejahtera’ yang bermula pukul 9.30 pagi itu disampaikan oleh Pegawai Psikologi Kanan UMSKAL, Nur Iman Reedzal.

Pada akhir sesi, peserta akan dapat memahami kepentingan kesejahteraan minda positif, emosi dan mental.

Selain itu, berupaya meregulasi emosi dan kemahiran gaya daya tindak dengan baik.

“Semoga kursus singkat itu akan meningkatkan motivasi kakitangan dan pelajar ketika melakukan kerja seharian sama ada di pejabat mahupun di bilik kuliah,”kata Nur Iman lagi.

Ceramah yang berakhir pukul 11.40 pagi itu dianjurkan Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (SHEP) dengan kerjasama Sektor Pentadbiran dan Sumber Manuisa (SPSM) UMSKAL.

Sementara itu, Ketua SPSM, Mas Adi Alimin berkata lebih banyak ceramah yang membabitkan penjawat awam dan pelajar akan diadakan pada tahun ini.

“Penjawat awam dan pelajar memerlukan motivasi untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman di tempat kerja,”katanya.

Sentiasa Positif Di Tempat Kerja.

Tamat.