Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong telah perkenan mengurniakan Anugerah Asia Pacific Leadership Award for Commisioners bagi pihak badan dunia World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) kepada Prof. Madya Dr. Janice Nga Lay Hui dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Janice atas pengurniaan tersebut.