Pemakluman Terkini Berkenaan Solat Jumaat di Dewan Pusat Islam

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Merujuk kepada Surat Pihak JHEAINS  (BIL.JHEAINS:BPWD:100-4 KLT 12 (81), yang bertarikh pada 10 FEBUARI 2021 / 28 JAMADILAKHIR 1442H, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam, akan membuka semula ruang solat bagi solat  Jumaat seperti ketetapan berikut;

*TARIKH MULA : 19 FEBUARI 2021 (JUMAAT)*

*KAPASITI JEMAAH : 45 ORANG SAHAJA*

 

Sehubungan itu, para kakitangan / warga kampus / jemaah dipohon agar dapat mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), seperti berikut;

*1. Para Jemaah hendaklah membawa  sejadah/tikar solat masing-masing*

*2. Para Jemaah dikehendaki memakai PELITUP MUKA (Face Mask) sepanjang berada dalam Dewan solat*

*3. Para Jemaah tidak dibenarkan bersalaman di antara satu sama lain*

*Kehadiran adalah diutamakan kepada mereka yang datang awal ke Dewan Solat Jumaat*

 

 Sila berhubung dengan pihak Urusetia kami di  talian 0105063481 (Ustaz Yusri Sumin) 019-8528404 (Ustaz Mahmud Mahanis).

 

Segala Kesulitan berhubung perkara ini adalah amat dikesali.

Harap Maklum,

 

Sekian dan terima kasih

 

Pengarah,

Pusat Islam UMS (PIUMS)