Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS
Dimaklumkan bahawa Talian Multi Line SIP (MLS) utama Universiti Malaysia Sabah mengalami gangguan. Sehubungan itu, sebarang panggilan masuk dan keluar dari Universiti Malaysia Sabah tidak dapat dilakukan. Namun begitu, semua panggilan dalaman serta panggilan antara kampus tidak terganggu. Pihak Pembekal, Telekom Berhad telah dimaklumkan berkenaan gangguan tersebut dan sedang mengenalpasti punca serta melakukan pembaikan.
Sekian Terima Kasih.