Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW), UMS
YBhg. Datuk /Prof./Dr./Tuan /Puan
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
PELAWAAN PEMBELIAN LOT BAGI PROJEK WAKAF ASET LANTAI MASJID UMS
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) dan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) sedang menganjurkan Projek Wakaf Lantai Masjid UMS, iaitu penggantian karpet kepada jubin marmar (marble tiles). Projek ini perlu memandangkan karpet sedia ada yang digunakan semenjak 2002, telah terlalu usang dan kurang selesa digunakan untuk beribadah dan berhimpun mengadakan pelbagai program dan dakwah Islamiah.
3. Sehubungan itu, bagi mengimarahkan amalam jariah berwakaf di kalangan warga UMS, sukacita YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput menyertai projek usaha wakaf seperti yang dinyatakan. Tawaran pembelian RM100 per lot berkeluasan 0.21m2 (6,000 lot keseluruhan) ini boleh dilakukan sama ada menerusi:-
i) Pemindahan langsung ke akaun Universiti Malaysia Sabah
(MAYBANK : 5100 1302 4241);
ii) Menggunakan cek / deraf bank tempatan atas nama Universiti Malaysia Sabah;
iii) Secara tunai / kad kredit / kad debit di kaunter Bendahari UMS;
iv) Menerusi ansuran gaji bulanan menerusi https://forms.gle/y9YyhMXmRePRZjvx8
*** Mohon catatkan 'WAKAF LANTAI MASJID UMS' bagi transaksi yang berkaitan.
4. Semoga wakaf untuk saham akhirat yang bakal YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan salurkan akan mendapat sebaik-baik ganjaran pahala lagi berterusan seperti dijanjikan Allah S.W.T. Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud " Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah S.W.T. sama ada kecil ataupun besar, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah (istana) di dalam syurga” (HR Bukhari: 431).
Sekian dan terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
Saya yang menjalankan amanah,
DR. RAFIQ IDRIS
Pengarah
No. Tel : 088-320000 samb. 101033
No. Faks : 088-320602
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.